14 December 2015

The Shore Sky Tower

Assalamualaikum !

Sem last ni aku rasa sem yg paling banyak aku merayap ke serata negeri Melaka. Tempat yg aku tak jangka aku boleh pergi pun tup tup boleh sampai. Aiyela, sejak duduk asrama SBI dekat Taman Gamelan tu dia jadi macam segala perancangan jenayah jadi 'dipermudahkan' kahkahkah.

So ceritanya lepas cuti midsem aritu, aku tumpang family Ruby nak balik ke Melaka. Dan kebetulan parents Ruby nak pergi jenjalan kat The Shore yang baru bukak kat River Cruise tuuuu. Makanya, aku dgn Ruby amek peluang nak naik Sky Tower dia yg gah tu bhahahahah.

Sebelum ni aku biasa dengar cerita orang lain pergi. Jeles bakhaaaaaang !

Okey Sky Tower ni kat bangunan sama dgn the Shore. Dah masuk dlm The Shore tu, naik ke level yg paling atas dan kau cari je lift yg tulis "SKY TOWER". Lift tu akan bawak kau ke tingkat 41.  

Kalau datang sky tower ni tak tangkap gambar kat sini, mmg tak sah laaaa. Hahahahaha 

Masa kitorang naik sini, Melaka tgh jerebu so taknampak apa sangat. Laut pun tak nampak, tapi boleh nampak lagi Sungai Melaka dan Kg Morten.

 Background kosong je sebab masa ni tengah jerebu. Tapi apadehal, kau tengok bawah TETAP GAYAT !!

 Nak masuk sini kena bayar RM18/person. Kaunter dia bukak dari pukul 9am sampai 9pm (kalau tak silap) dan dekat satu sudut yg boleh see-thru bawah tu diorang dah standby kamera diorang untuk tangkapkan gambar korang. Nanti sebelum turun bolehlah pergi tengok gambar korang kat kaunter.

Nak naik Sky Tower ni waktu malam pun boleh tapi sampai pukul 10 je kot. Tapi kena beli tiket awal laa takut kaunter tutup dah tutup. Kalau naik waktu malam pun best jugak, kau boleh nampak Bandar Melaka yg bercahaya ni. 

 Tinggalkan tapak kaki kat sini tanda pernah datang ekekekekekeee

 Sejenis kehampaaan jugak orang lain datang, ada orang tolong tangkap gambar. Kitorang, selfie sendiri je. Uhukss ~~

 Okey last. Janji yg last. Sebab seronok kan boleh naik sini sebelum habis sem. Lagi seronok sebab orang belanja. Haaaa yang tu penting !
Sem depan dah pergi practical mesti dah takde masa nak keluar jimba kat Melaka macam ni lagi kuikuikui.

Nanti aku update lagi cerita okey. Bye !

Ps: Kalau nak tgk suasana atas Sky Tower yg lagi detail, boleh refer Pak Google Images sbb dlm blog aku ni banyak gambar selfie jeee, sorry ~~ 

No comments:

Post a Comment