11 September 2015

Bulan Konvo !

Assalamualaikum gais !

Apa khabar semua? Ecececee mood baik hari ni tanya khabar semua orang. Okey, meh nak mula citer ni. Sekarang pa'a dah sem 5. Banyak perubahan dalam hidup pa'a tau. Dan sekarang dah mula rasa sakitnya sem 5, toughnya subjek utk last sem ni dan seksanya tekanan yg psikologi yg lecturer bagi. Tapi, ni kehidupan dan semua orang lalui semua tu.
Sem ni pa'a dah duduk luar *dalam kurungan duduk rumsis luar* kat Rumsis Sg Baru Ilir kat depan Taman Gamelan. Sekarang hari hari pi kelas naik bas nokkk. Dah banyak kali tertinggal bas, kejar bas, tunggu bas mcm tunggu kucing beranak atau berdiri dalam bas mcm patung cendana with full balancing power ! Haaa gituuu.

Okey itu hanya permulaan citer. Point besarnye nak citer pasal semalam (Sept, 10). semalam hari konvo kuim weyh ! semalam aku dgn Ruby pergi tengok kakak kakak tersayang kitorang berkonvo tahu takkk.

Dalam whatsapp group kemain kakak kakak tu semua cakap nebes la, berdebar la, macam2 diorang rasa. Pastu bila dah sampai seri negeri, tengok yang lelaki pakai baju melayu hitam dan bersamping songket, dah macam orang nak pi menikah pulak (cuma kaler baju ja hitam).
Ya Allah, tak dapat bayang macam mana pulak masa aku dgn Ruby pulak yg konvo tahun depan, InsyaAllah. Doakan utk kami dan batch kami yg lain yeee.

 Depan pintu masuk dewan pun bolehhhh apa ada hal. Jgn buang masa nak tangkap gambar kenangan dgn semua orang weyh, kang menyesal. Esok lusa belum tentu dapat jumpa lagi.


Tempat keramat. Tahun ni dapat masuk ber-selfie dgn manusia berjubah konvo. InsyaAllah tahun depan diri sendiri pulak dapat rasa sendiri.



Ni mmg betul2 suasana konvo. Semua orang bergambar berselfie macam2 gaya dan tak peduli semua orang. (With kak Mai)


 Congratulation sisters. Finally your diploma studies ended successfully. 


Ada sorang dua dalam gambar ni aku bukan kenal pun, tahu muka dan pernah selisih kat kolej je sebelum ni. Tapi semalam leksjer selfie ramai2 mcm dah kenal.
(aku ni kategori derhaka jugaklah, banyak tangkap gambar dgn senior dari fakulti lain. Senior fakulti sendiri aku cuma ucap tahniah je)

 Masa kat dewan haram taknampak batang hidung dia. Rasa nak marah jugaklah sbb dalam whatsapp group dia diam je. Drama betul terjumpa dia kat pintu gerbang Seri Negeri. Pastu jumpa peluk2 cium sikit pastu selfie pastu maki maki sikit sbb geram tadi tak terjumpa dia langsung hahahahah.


 Yang ni pulak abang Raja Nazrin. Sekbaik sempat jumpa, tangkap gambar and ucap tahniah. Sem lepas kemain pakat menganjing study last minute utk deanlist lah apa lah, sem ni aku dgn By duk struggle nak habiskan sem 5, beliau dah konvo.
Selamat maju jaya bro ! Panjang umur nanti jumpa lagi okey?

 Selain tu, sempat jugak selfie dgn Presiden MPPKUIM eheh. Abang Syazwan. Okey terima kasih sbb sudi selfie dgn kitorang. Tahun ni kitorang datang raikan senior kitorang konvo, tahun depan baru turn kitorang pulak okey?

Okey last. Acah cah sikit dgn bunga kak umi. Tengok senior konvo pun diri sendiri rasa nak menangis jugak. Ntah terharu sebak ke caner ntahh, tumpang seronok utk semua orang. Hari ni kita raikan orang, akan datang insyaAllah orang lain akan raikan kita pulak. Chill !!

Last but not least, tahniah lagi sekali utk semua senior yg dah selamat konvo semalam. Selamat melangkah ke fasa baru dlm hidup kalian. Semoga berjaya di luar sana dan doakan kejayaan junior kalian kat sini. 

Okay, that's all for this time. Will write more soon.