7 June 2015

Result had released !

Assalamualaikum gaiss

Harini dah 3 Jun dan 2 hari lepas result final exam dah keluar. Siapa je tak teruja nak tau result kan? Sembang je siapa yg tuit cakap dedau laa, malas nak check result laa, takut nak check result apa semua tuu. Dalam hati tazzabar gilaaaa nak tau pointer memasing. Dan malam tu kemahen excited lagi aku tidur lewat (sebenarnya aku mana penah tidur awal pun!) sebab nak check result. Tapi aku terbaca kuimtwt rituit twt mpp gitau result released pukul 12:30 tgh hari ESOKNYA !
Hm aku okay lagilah. so aku teruslah scroll temlen malam tu sampai tertidur.

Esoknya paginya lebih kurang pukul 9 mcmtu aku tengok ada yg tuit dah boleh check result. Walaupun dalam talian, tapi perasaan dia tu mcm pergi beratur dekat ofis fakulti, bersesak sesak tunggu gilliran bila kau nak bukak portal dia keluar:

"Resources has reached limited. Please try again later."

(on a scale 1 to 10, rate your bengang level)

Aku try 2-3 kali maka dapatlah aku masuk ke portal kuim dan dapat akses masuk ke akaun akademik aku. Alangkah kecewanya aku bila bukak, aku tengok

"KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANDA DITAHAN KERANA ANDA MEMPUNYAI HUTANG DENGAN PIHAK KOLEJ! SILA SELESAIKAN HUTANG ANDA DENGAN SEGERA."

Amboi kau jah! Kemain merah capitalized lagi ayatnya. Untuk pertama kalinya aku baca, aku waras dan masih mampu senyum bercakap ketawa makan dan hidup. Sebab AKU PINJAM PTPTN KUT, KAT MANANYA AKU BERHUTANG DGN PIHAK KOLEJ!
(fikir aku pun takleh capitalized ayat aku ke?)

Abah cakap, system block dulu. Nanti bila semua dah okay, baru boleh check result. Abah maintain optimis. Mama mcm excited jugak nak tahu. Aku terus scroll temlen dan baca tuit2 panas yg keluar haritu. Banyak yg aku banyak dah check result, banyak yg pointer naik dan paling stress, BANYAK DAPAT DEAN LIST !! Kakak kakak Desa Bayu pun pakat dapat dekan. Aku tumpang seronok dan terharu. Their last sem and their struggle during final exam were paid off.

Masuk tgh hari, aku check lagi sekali. Dengan harapan, ayat ayat celaka tadi dah takde. TAPI keluar ayat sama jugak. Masa tu, aku dah tak kuat, aku nangis. Aku takda hutang kut dgn kuim tapi kenapa result aku kena tahan? Pertengahan sem lepas, aku dah bayar yuran rumsis dan masa nak amek hall ticket Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan, takde hutang dgn kolej. Kenapa masa ni tetiba ada hutang pulak? Aku tak puas hati betul kat situ. Aku geram sangat2. Aku pegi nangis kat mama. Mama lagi suruh aku nangis (some of reverse psychology i like the most) dan buat aku rasa nak nangis dan cepat2 berhenti. kahkahkahkah

Kendian, aku call puan imah. Ngadu serba sikit, puan imah suruh call kewangan. Tapi aku tahu, call hari kejadian mcmni mana nak dapatnya. Mesti line sibuk, so aku plan nak call esoknya, 2 Jun. Rupanya, bukan aku sorang kena tahan result. Classmates lain pun ada yg kena tahan dan salah sorangnya, RIZQAN. hahahahah. Aku suruh Rizqan call kewangan, kalau dia dapat call, baru aku call. 

Tapi sebab kecewa result kena tahan, esoknya tu pun aku tak call jugak. Dorongan dan rasa tak sabar mak aku, hari ni 3 Jun, aku call kewangan. Lepas perkenalkan diri, bagitahu aku sem berapa dan peminjam ptptn, kerani tu minta no matrik aku. A few minutes later, dia cuma cakap dia akan unblock result aku dlm masa 24 jam. Nak tunggu 24 jam tu lama kot tapi sabar jela haihh.

*after 24 hours*

Aku buka portal dan masih negative. Mama suruh aku call kewangan lagi sekali. Mama cakap dia masih teruja nak tahu pointer aku dan masih berharap. Mama sorang je yg nampak semangat nak tau pointer aku. Selang sejam dia suruh aku call kolej. Suruh cakap kenapa result takleh check apa semua ni.
TAPI
kali ni aku dah tawar hati, AKU DAH FEDUP. Aku dah giveup dan move on. Tahu ke, taktahu ke berapa pointer aku kali ni, AKU DAH TAWAR HATI. Senang cakap, apa nak jadi, jadilah. Aku sikit pun dah tak hamak nak call kolej. Rasa nak check, aku bukalah portal. Kut kalau keajaiban jadi ke, keluarlah slip result aku. Kalau tkde, tkdelah. Takut nnti aku yg hempas laptop ke dinding pulak.

Aku tahu mama kecewa dgn ayat aku, tapi lagi kecewa dlm hati aku ni Tuhan saja yg tahu. Tu belum lagi kalau dah boleh check tetiba tengok pointer aku turun lagi ke tak ke buat naye je aku berjuang nak tahu result dalam talian nih kahkahkahkah. So aku buat kering jela, biar jela mama kecewa sorang2 dia, malas aku nak amek port. Perempuan ni suka main airmata (aku tahulah aku perempuan!) jadi sebelum aku kalah dgn airmata mama, baik aku buat sado.

Kalau korang nak tahu, hari ni (aku sambung taip hari ni) dah 4 Jun dan aku mereput taktau result final exam aku berapa. Emosi aku pun dah tak berapa stabil. Aku rasa nak marah orang, aku rasa nak tidur sampai bulan depan, aku rasa semua benda serba tak kena.

Seriously.

So, on the next day (5-Jun-2015) aku dah fully move on. See Pa'a is a easy move on person right? (luar je nampak senang move on, didalam ni taknampak!). So lepas bangun tidur, mandi, breakfast, kemas bilik (erk yekew kemas bilik) aku on laptop dan bukak mozilla. Kali ni baca bismillah, tiup kanan kiri depan belakang, pstu sign in acc akademik.

Alhamdulillah, result aku dah unblock. Benda first aku TER-tengok ialah CGPA aku. cgpa aku naik weyh. 3.24 syukur alhamdulillah. Kendian aku tengok pointer subjek2 lain alhamdulillah semuanya dah keluar daripada zon selesa. Alhamdulillah lagi sekali, semuanya lebih daripada apa yg aku target. Bersyukur sangat2. Walaupun sikit lagi nak dapat dekan, yg pepaling buat aku bersyukur, dlm 4 sem kebelakangan ni, pointer sem ni yg paling tinggi pernah aku capai.
Kalau diingatkan balik, masa final exam sem 4 nilah aku paling banyak buat onar. Well, nama pun duduk rumah sewa campur buat jenayah apa semua.

ALHAMDULILLAH


Sebelum terlupa, "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak"