22 May 2015

Macam mana final exam kali ni pergi?

assalamualaikum gaiss. dah nak puasa yeay!

(gambar acahcah comeback gitu padahal ni gambar sebelum cuti midsem)

well next sem gonna be my fifth sem at KUIM yaww, merangkap tahun terakhir pengajian diploma aku wahahah. Pa'a dah nak jadi senior siot woot woot!!

K

****

Tahu tak KUIM dah melajakkan cuti semester kali ni sebab ada penambahbaikan sistem dan rumsis. Cuti lajak sampai lepas raya. Nanti naik semester baru pada 27 Julai 2015. Result pun boleh check online. 
Berita baiknya-- bermaksud bulan puasa terakhir aku di KUIM berlangsung kat rumah. Sahur, bukak puasa, terawikh, shopping raya semua dah takyah risau dah. Semua dah settle bhahahahah. Dan berita buruknya (bagi akulah) cuti sem lamanakmatey weyh! Patut cuti sem yg biasanya 45 hari dah bertambah jadi 3 bulan. (NAK BUAT APA MEREPUT LAMA LAMA KAT RUMAH WEYH ?!?!?!)
Dan lagi satu berita, ada rombakan rumsis melibatkan beberapa course sem 2 & 4 dari API (Akademi Pengajian Islam) dan FPH kena pindah duduk kat rumsis baru yg bakal dibuka kat Sg Baru Ilir. Rumsis rumah kedai je bro tapi condition setakat ni aku tengok macam okay okay jela. Tempat baru kan, condition mestilah tiptop. New fully furnished bhai ! Nama rumsis baru ni Rumsis Sg Baru Ilir Jaya or for short SBI
(ready, nak gelak dekah ni hahahahahaahahaahahahahahahahahah)

Hmm nak bukak citer pasal sem kali ni memang banyak weh. Tak tertaip hahahah (tapi Pa'a nak taip jugak dan hengkorang mesti baca!)
gitchew

****

 Lepas midsem, makin banyak pulak dugaan menimpa aku cewah! Eh ni serious. Mental aku tak kuat sama, sebab tu status pondan dengan aku tak berpisah. Aku bernasib baik ada joyah sorang tu selalu ada dengan aku. Mental koyakrabak sama sama, heartbroken sama sama, bahagia sama sama, fefeeling angau sama sama.

Sekarang aku dah move on. Aku dah move on dengan semua benda yg menyesakkan dada, yg menyerabutkan kepala aku dan semua negative elements hahahahah bahasa takleh belah bakunamatey

Ya, move on. Move on dengan semuanya. Aku dah mula mengamalkan prinsip "pergi mampus" yg bermaksud 'fight for my own happiness'
Banyak benda membantu aku hidup dengan hati senang, dimana situasi aku tak fikir orang lain. Bangun pagi aku boleh senyum dan nak tidur pun aku boleh senyum.

Alhamdulillah for that.

****

Cakap pasal final exam keempat aku ni, banyak pro and contra dia.
First paper English 2: Paper hari selasa, hari isnin aku baru terhegeh nak jumpa class rep amek buku. Dahla paper esoknya tu mula pukul 9am (KAU GHASE?) Jadi anak matsaleh aku duk speaking, kemain lagi kau jah! Kene nganjing dengan kakak kakak tu pun aku tak heran, sebab yg penting esok paper English so harini acahcah sikit kahkahkah

Kendian, lusanya paper Akidah & Akhlak. Subjek ajaran lecturer favorite Rajanazrin hahahahah. Takdelah. Cik Wan tu lect feberet aku, sebab aku suka ikut Kakmie Kakmai Kakbil masuk kuliah Cik Wan subjek Islam dan Ideologi Semasa kahkahkah (eh kau nampak tak aku sayang Cik Wan tu level berapa?) Dan buku Akidah tu sumpah mcm buku bedtime story. Buktinya aku baca 2 page centu kendian buku tu cium muka aku kehhh. Baca buku celah mana. Bersyukurlah paper Akidah ni cuma 100 soalan objektif. Asal baca, inshaAllah ada sinar keajaiban akan suluh mata kau ke arah jawapan.

Masa gap paper aku menyetan pergi sana sini. Pergi kafe hipster lah, merempit kat Taman Gamelan lah. Ni sehari sebelum paper Tour Planning pergi melompat kat Klebang kakakaka

Paper ketiga aku, paper Tour Planning. Dan ini paper pertama yg buat aku rasa mcm kena small heart attack. Soalan dia pergh mercik habis. Masa baru dapat soalan, aku dah rasa lain dah masa tengok masa menjawab dia sampai 2jam 30minit. Aku selak page last dan tengok soalan last (kita semua tahu, soalan paling last adalah soalan paling susah bukan?) Pergh MEMANG SUSAH. Skala utk paper Tour Planning ni aku kasi 6/10 sebab 4 yg takde tu utk bahagian C yg susah tu.

Then paper Account. Aku memang ada basic akaun sebab dah belajar masa sekolah dulu. Cuma beza dia masa sekolah dulu belajar akaun versi kejam punya. Sampai nangis nangis habis. Yg kalini belajar yg sambil pejam mata pun boleh buat
(iklan: haritu aku buat latihan sambil "pejam mata" kendian aku double entry account semua salah sebab aku silap masukkan satu entry. dan moral, jangan riak dan takbur dalam setiap pekerjaan yg kita buat hahahahaha)
Okay. 2 hari sebelum mula paper, Rizqan minta aku ajarkan dia account. Berpeluh jugaklah aku memikirkan syllybus seswai nak ajar kat dia. Dan lebih kurang 3 hari jugaklah aku dan Rizqan ulang alik study kat luar (hek elek, mamak je pun) study account. Pada hari kejadian, paginya tu dia datang rumah main hon hon dengan Acap (ktipu) ajak keluar study, last minute. 
Petang tu pergi exam, saing Kakfasha dan Tuhan nak uji aku, setengah jam sebelum aku keluar rumah nak pergi jawab exam paper account, aku baru sedar yg calculator aku hilang. Kakmie dengan Kakmai tolong aku cari kalkulator. Habis selongkar segala barang kat rumah dan end up dengan guna kalkulator Kakmai yg dah lemah bateri. Sepanjang exam, tangan aku menggeletar weh! Bukan sebab aku takut nak gitau kat mak abah, tapi aku terfikirkan, kenapa aku careless sangat sampai kalkulator boleh hilang. Kat mana cicirnya aku pun tak sedar. Kewarasan aku masa dlm dewan exam cuma 50-50 sebab aku takleh fokus apa yg aku nak jawab. Aku jadi orang kedua terawal keluar dewan then pegi nangis tepi kereta Kakfasha.

Kendian gap paper 6 hari. Kau ghase macam mana tahap berfoya foya tu boleh pergi? 

Pastu second last paper aku Geography dan berakhir dengan paper Ekonomi. Time paper Geo aku seronok ah ada geng duk bersidang stay up sampai pagi hahahah tapi masa aku last paper, barai ah aku takleh fokus baca buku langsung.

Result final exam keluar 1 Jun ni, online kat portal kuim. Aku tawakal jela. Harap tak makin menurun. InshaAllah. Doakan aku gais thankyou.

****


And now tengah cuti sem, dan aku tidak bekerja as mak dengan abah tak bagi kerja so aku langsung tak menjana sebarang pendapatan untuk diri sendiri.
Cuma mak aku sekarang gigih menurunkan ilmu rumah tangga kat aku. Contohnya, ikut parents aku pergi tengok orang akad nikah. Belajar masak (ya, aku noob pasal kerja kat dapur ni). Buat senaman kuruskan buntot, peha dan betis yg makin melebar.

****

Aku harap ada hikmah cuti sem ni extend, ada masa untuk aku move on pelan pelan. Atleast nanti dah naik sem bila dah duduk kat rumsis baru tu, takdelah aku sebak sangat time lalu kat depan Taman Desa Bayu tu. Ahahahahahah jimbitlah air mata aku menitiklah pulak *tanda tak move on lagi*

Sebelum tidur malam, tak sah kalau tak nangis walaupun sikit. Asek asek duk teringat kat Desa Bayu. Dari celik mata bangun pagi, sampai nak tidur-- semua kenangan duk replay depan mata aku. Dalam kepala aku asek keluar suara suara kakak kakak tu, suara Ruby hahahahahah *lap airmata* Rindu kut nak gaduh dengan diorang tu semua. Rindu nak selinap keluar rumah malam malam. Rindu nak keluar makan lewat lewat malam. Rindu nak terjah vendor boutique atau kafe hipster sama sama. Sampai sekarang pun, diorang still share anything news pasal vendor boutique/kafe hipster pastu "nanti kita pergilah, best kut situ. Harga pun murah"
Jangan risau, kalau nak ajak aku keluar dating, aku tak demand nak lepak kat kafe hipster mcmtu. Tibai je mamak ke, kedai biasa ke, warung ke tak kisah, janji time tu ada MAKANAN (cc: Future boyfriend)

For short, i still missed those everything about Desa Bayu.

Tahu dah post kat entri sebelum ni, tapi nak post lagi (hestek: reupload hahah)

 Rindu depan rumah sewa kat desa bayu ni. Rindu sangat. Kalaulah boleh sambung sewa sini, kan best?

 Thankyou Allah for sending me those happiness during my hard times and until now, i cant stop smiling.

Sejujurnya masih belum dan tak move on dengan rumah sewa DESABAYU. Everything about DesaBayu still fresh in my mind. Betul apa orang cakap, benda yg datang sekejap itulah yg bagi kesan lama kat diri kita. Dan itu yg tengah jadi kat aku sekarang.

And dear you, Ruby i still missing you. A lot. Ada banyak benda aku nak cerita kat kau. Macam macam aku nak luah kat kau. Dan aku bersedia nak dengar cerita kau, ready nak gelakkan kau, nak gaduh dengan kau dan semuanya. Btw thanks datang rumah petang tadi. Terubat segala rindu aku kat kau. Walaupun tak sempat nak bukak cerita dengan kau, atleast dapat peluk cium, dapat selfie dengan kau, dengar suara kau pun dah cukup. Raya ni kalau kau balik kampung, datanglah raya rumah aku hihikss

Okay that's all for this time. Take care there bye!