13 November 2014

Leisure and Recreational Trip to Selangor.

assalamualaikum,
it's been a long time i've not updating my blog with an interesting story
(acah acah speaking macam ada orang duk baca-- but, who cares).
so sem lepas adalah semester ketiga aku di KUIM dan sem lepas ada trip kedua under subjek, pi selangor. haaa first trip dulu pi Pulau Perhentian, then kali ni pi Selangor sahajer.
sebab trip kali ni bukan trip makan angin tapi lebih kepada melaksanakan aktiviti rekreasi yang dah dipelajari (apa bahasa aku formal sangat nih?)

okay. panjangkan cerita, perancangan asal untuk sem 3 batch aku ni kena buat kelas amali luar (pra-praktikal) dan atas faktor lain, pra-praktikal digantikan dengan trip dalam usaha nak mencukupkan jam kredit. so terlaksanalah "DTM22 Adventures Trip to Selangor" pada 1, 2, 3 dan 4 oktober yang lalu. haa tahu, 5 oktober tu hari raya haji kan? OKAY

***

dalam masa 4 hari untuk 4 aktiviti berbeza di 4 lokasi berlainan, maka Batu Caves dipilih untuk jadi lokasi penginapan. eh Batu Caves pun bolehlah.

so pada hari pertama, kami menuju ke FRIM, kepong untuk aktiviti Hiking. bertolak dari KUIM pukul 4 pagi dan sampai kat kepong pukul 9. lepas bahagi kumpulan, kami pun mula bergerak.
sebelum mula hiking tu, kami dah dinasihatkan utk tak bawak beg tapi kalau tak bawak beg-- nanti dahaga, takde air nak minum. beg duit dengan phone takkan nak sumbat dalam poket seluar. baju salin? so dengan degilnya, kami semua usung jugak satu beg bawak pi hiking. dan luckily, kami dapat seorang guider yang sangat sporting yang dipanggil Chief (bukan nama sebenar). chief tak kedekut nak berkongsi macam2 cerita dan maklumat dengan kami. walaupun masa awal2 hiking macam malu2 lagi bertanya tapi dah chief pun tak kisah bercerita itu ini maka kami pun makin jadi tak malu miahahaha.
dan so far, kalau jalan macam dah tercabut kaki, Chief sedia untuk berhenti dan bagi masa untuk kami tarik nafas, minum air dan bergambar. eh!

thank u chief!

masa kat platform canopywalk. (okay aku lupa berapa tinggi dia dari aras laut)

aku tak pasti berapa jauh perjalanan kami, yang pasti kami mula jalan pukul 9:30 pagi dan selesai pukul 1 ptg. kumpulan kami sampai lambat gila sampaikan Puan Imah, lecturer pun risau kehkeh
seronok wuuu hiking. aku taktau laa dah berapa banyak lemak aku yang berguguran disepanjang perjalanan tu. struktur jalan dia tak streotaip, means-- kejap jalan rata pstu berbukit pstu curam pstu air pstu macam ni pastu macam tu. haaa kau sabar jap!
nak give up masa hiking memang tak dapatlah, nak taknak kena jalan jugak. kalau tak, kau dodok laa kat situ sengsorang kena tinggal kahkahkah.
FRIM memang hutan tapi dalam hutan pun ada line okay. JANGAN LUPA FRIM TU DALAM KUALA LUMPUR !! miahahah
so andaikata anda sesat, jangan risau selagi phone anda masih berfungsi. hanya buat panggilan dan, "hello, saya tersesat. saya ada kat pokok bernombor sekian sekian"
tudia

so lepas dah habis hiking, kami bergambar kenangan dan bertolak ke Batu Caves. check in hotel dan rehat!

***

esoknya pada hari kedua adalah hari untuk buat aktiviti menyelam atau scuba diving. lokasi terlibat ialah Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.
bertolak awal dari hotel dan perjalanan adalah sangat lama. maka dapatlah aku melihat MSU dari dekat (dulu ada sejarah nak masuk MSU tapi tak jadi)

dilema nak buat diving ni ialah pakaian dia. tak semua classmates aku bertubuh ala model. ada yang kecil, ada yang tinggi dan ada yang gempal.
mengertilah bagaimana rupa swimsuit. kemudian adaptkan dengan susuk tubuh yang pelbagai.
OKAY

untuk menjaga sensitiviti kawan kawan lain, maka gambar ber-ootd-kan swimsuit TIDAK DIUPLOAD. hanya boleh citer jela.

so mula2 dibahagikan dua kumpulan untuk dua sesi. dalam satu sesi tu ada dua bahagian. mula2 belajar bernafas guna tank oksigen dalam kolam cetek. belajar skill begitu begini kemudian baru ke kolam yang dalam untuk diving yang sebenar.

ceritanya begini, aku ni takut air. aku rasa panik lepas dah masuk dalam air. aku rasa air masuk dalam goggle aku, nafas aku jadi pendek dan aku takboleh buat diving ni dengan jayanya. ok sekian cerita pondan. (opss!)

lepas dah selesai kumpulan aku buat scuba diving, maka kami ber-photoshoot kat tepi kolam olimpik tu.




motif gambar ni diambil sebab ada atlet nak terjun kat belakang tu. hihi

 hapa benda yg classmate aku troll ni

mimie. amy. yanie. <unknown>.

le boys. theyolls ni dah kali kedua masuk buat diving. 

the brave Acap. awal awal buat tadi dia semput sebab air pressure tu tak seswai dengan dia. lepas dah mandi dan tukar baju, dia nak try buat lagi sekali and he did it! congrats Acap.

okay last pict of scuba diving.

around 5pm, we went back to hotel. selesai aktiviti hari kedua whihihii

***


so esoknya adalah aktiviti rock climbing. buat kat Gua Batu Damai, 15min from our hotel so pagi tu boleh bangun lewat sikit. TBH, this is the most TAKBEST activity. sebab instructor dia macam terlalu memaksa, treat us like we know well about rock climbing like them and masa yang terhad. they used to much time on briefing and yet, we got a tight time to climb and there's a bad weather. it's raining on that day.



the most awkward moment is having lunch during Jumaat prayer in front of mosque. masa orang lain dengar khutbah, weolls tengah tunggu lunch dan pretend it's a normal day. wuuu

ini sebelum hujan turun, kilat sabung menyabung dan angin kuat. hujan turun dengan sangat lebat tau. maka dengan ini tamatlah aktiviti hari ketiga. lebih kurang pukul 5 ptg kami bertolak dari Gua Batu Damai dan balik ke hotel.

esoknya ialah hari terakhir di Ulu Slim, Perak untuk aktiviti water rafting tapi malang bertimpa timpa, takdok gambaq nak upload bagi hangpa tengok. so cerita habis kat sini sajalah.



(how could i end up this entry so unceremoniously  ?!)
ASSALAMUALAIKUM