20 May 2014

next chapter =3

assalamualaikum.
hari ni boring so nak merapu sket kat sini, harap maklum.

harini hari rabu bersamaan 21 mei 2014. harini kat kedah tunku bendahara mangkat, so SEMUA CUTI! means, adik2 aku yg dah bangun awal dan pegi sekolah pagi tu, dua2 tu dah balik rumah pukul 10 tadi. so harini considered public holiday for all rakyat Kedah.

*takefive*
Al Fatihah buat YTM Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

and btw my sembreak are going to end. yeah kurang dari 2 minggu aku dah kena balik melaka. like what?! apesal balik awal sangat nihh? hokayh, fyi aku kena join MMS (minggu mesra siswa) with reasons. not joining saja syok2 as aku sayang kuim or rindu kuim or else. bulan mei dah masuk 10 hari terakhir, tak lama lagi nak naik sem 3 and i am totally not ready, physically and mentally. this last 10 days gonna be my super-busy week ever! (pui) haa yelah, nak keluar beli brg itu ini, nak repair charger lappy yg mcm dah nak putus nyawa tu, nak format phone yg kemahen terror hanged sekarang, nak habiskan voucher buku. ehem!

for the certain time, i do feels excited to go back to college. maybe because i'm bored and got nothing to do. but most of the time, i just wanna stay at home to be with my family. duduk rumah ni chillex (chill + relax) sbb takda benda serabut nak dipikirkan as naik sem 3 ni banyak benda mencabar tau, contohnya (ikut susunan, secara kasarnya) jadi urusetia under unit persegeraan masa MMS, 2nd final exam result releaseeeeeed (pengsan jap), HOMSSA's (hospitality of management school student association) activities, new subjects in semester 3 and so on. and i was totally .....

TAK READY WEII !!

tak ready nak balik melaka, tinggal rumah, bilik kesayangan yg baru bina loteng, tinggal mama dgn abah, tinggalkan everything at home. bukan nak cakap takut berdepan dengan masa depan. takut nak hadap semester baru merangkap chapter baru nih tapi aku ni jenis banyak fikir. ntah hape jee aku yg suka sangat fikir aku pun taktau. fikir positif and negatif all the time. kengkadang aku anggap, apa yg aku dok pikir2 ni adalah satu persediaan untuk aku, tapi kengkadang dia jadi mcm nak memomokkan aku supaya takut dengan masa depan pulak.

but i take it as a challenge. mungkin aa orang nampak aku ni macam bagi tekanan kat diri sendiri (mmg betul pun tu!) tapi ni tabiat terburuk aku sejak kecil yg sampai sekarang takboleh ubah. belum cuba apa2 lagi dah poyo takut kalahlah, takut malulah, blablabla.

so let's playback something :

dulu masa aku darjah 6, aku nak sangat masuk boarding school, takpun MRSM. berbekalkan result UPSR yg cemerlang masa tu kan. tapi dah takda rezeki, masuklah sekolah menengah harian biasa. Sek Men Keb Jitra dan duduk asrama. bapak aa minggu orientasi, mmg susah gila aku nak adapt dgn semua benda2 baru ni. dgn sekolah sesi petang, senior yg garang overdose, kawan2 yg memacam perangai, blablabla. pantang weekend, kerja nak balik rumah. weekdays, suruh mama hantar itu ini. mmg tahap mengada nak mampus. sebulan jgk aa aku jadi homesick 100% mcm tu. dan aku terfikir, macam mana aku nak masuk boarding school dgn sikap aku yg takboleh dan lambat gila nak adapt dgn new lifestyle macam ni? tapi Alhamdulillah, at last aku berjaya survived duduk asrama sepanjang aku belajar kat sekolah tu. dan aku berjaya tamatkan pengajian dari form 1 sampai form 5 kat situ. heheheh

masa aku tanam anggur setahun lepas, aku buat lesen. lesen kereta dan motor. bapak aa aku tak yakin gegila nak pegi belajar bwk motor (mengaku siot tak reti bwk motor sebelum ni) dan belajar drive. asyik kena marah, penah jatuh moto depan bebudak lain, buat salah itu inilah dan blablabla lagi tapi bila mama asyik ingatkan aku, "jangan bazirkan duit abah hantar along pegi buat lesen atau along akan menyesal takda lesen memandu bila dah sambung belajar nanti" aku kuatkan hati, pegi jugak belajar memandu bagai. bila dah habis latihan semua, masuk bab QTI dgn test JPJ. lagi sekali aku down. takut tak pass aa kena repeat aa bagai aa bazir duit abah aa (see, aku mmg suka takutkan diri sendiri) tapi bila aku motivated balik diri aku, "sampai bila aku nak lari dari benda ni (test JPJ). kalau dah takut sangat tak pass bagai, apakata cecepat selesaikan benda ni pastu kalau kandas ke repeat ke belakang cerita" dan aku cuba. Alhamdulillah, aku berjaya lulus ujian kereta motor ni. tapi takpenah lagi aa aku drive kat jalan raya sbb takda keyakinan lagi (ok sila sediakan penampar jepun anda utk dia)

pastu masa musim apply IPT, aku berharap sgt nak masuk uitm. masa tu tak pikir apa dah. memana kos yg berkaitan dgn kelayakan result spm aku, aku apply je. janji dpt masuk IPTA. matrik tu no wonder aa, dah apply, mmg dapatlah tapi aku taknak. aku nak buat diploma (optimis sangatnyelah!) pastu bila tak dapat IPTA, aku buat rayuan then dapat kat tempat yg aku taknak. pikir punya pikir, ada baiknya aku masuk IPTS then belajar bidang aku suka, so aku amek risiko masuk KUIM. amek kos tourism yg aku cita citakan sangat tu. dah alang2 masuk IPTS, baik aku belajar apa yg aku nak. tak gituuuuu??? pastu bila dah masuk KUIM, sekali lagi aku ada masalah nak adapt. masalah gila2 tu tak laa tapi lebih kepada homesick. 6 tahun dulu, homesick cemana sekali pun, mama dgn abah boleh datang kat tempat aku, boleh jenguk aku. tapi kat melaka? i've nobody. memang ada mak usu tapi takboleh aa 100% nak bergantung kat dia. then bila fikirkan apa yg aku dah buat, berapa banyak yg abah dah habiskan utk hantar aku masuk KUIM, aku gagahkan diri jugak. then aku sekali berjaya survived dlm tempoh sem 1 aku kat KUIM. bila dah naik sem 2, aku dah mula ada tapak, keyakinan dan pengalaman yg sikit sebanyak membantu (cewaaah ayat aku).

and moral of the playback story is (based on my own experience)
mula2 mmg takut tapi bila dah sampai masanya, kita akan boleh hadapi jugak apa yg kita takutkan tu. cuma jgn takut nak buat percaturan hidup. means kalau kau takut nak hadap masa depan, macam mana nak gain pengalaman dan macam mana nak hidup lama (eh?)

so nak naik semester yg baru ni, aku masih kat level penakut aku. mungkin bila dah sampai kolej nanti, tengok muka housemates, bestfriends (yanie esspecially), classmates, aku boleh jadi yakin sikit ke apa ke? who knows right? macam abah selalu kata, aku takut sbb aku tak dapat bayangan apa aku nak buat dan kena buat nanti so sebab tu aku selalu tak yakin diri. hmm mungkin jugak aa.

hmm so far, dah banyak sangat yg aku meraban ni. terima kasih sbb sudi baca. see you next time (=
assalamualaikum.

8 May 2014

Trip to Pulau Perhentian

assalamualaikum.
lepas update cerita masa cuti sem lepas, dah takda cerita lain dah kan? (terasa skill menulis dah karat!)
ok lemme story to uolls about my leisure trip to
PULAU PERHENTIAN, Terengganu.
aritu dah buat report pasal trip ni, tapi utk submit kat HEM. pastu dah submit kat lect KENA REJECT MENTAH MENTAH woii. dah laa hantar lewat then petang tu ada paper haa memang menangislah haku dgn teammates yg lain. report kena reject! tapi tu cerita lain. tkde kena mengena dgn cerita gempak penuh gimik yg aku nak cerita kat sini.
and sekarang aku nak buat report versi aku pulak utk update dlm blog ini. bhahahah

sebelum tu, meh sini aku kenalkan suspek yg disyaki akan disebut namanya banyak kali dlm entri ni.
yg pakai topi koboi tu, Rizqan.
yg pakai spekmata (bkn shades lg tau), Faiq.
yg pakai tudung biru tu, Yanie. my super bestfriend cum classmate cum girlfriend and she is everything to me, muahhh!
yg belakang sekali tu (kalau anda nampak) ialah Kak Nabila and si tudung merah tu, Amy.

aku ni takpenah jejak kaki di bumi Terengganu so ekspresi aku dlm entri kali ni mmg super-jakun lah. trip kali ni under subjek so nak ke taknak ke kau tetap kena pergi jugak trip ni dan tipulah kalau aku cakap ada yang taknak pergi. kami pergi dlm study week so ni stok nak menghanjing bebudak rumah lah sbb diorang semua dah mula baca buku, aku boleh pegi ber-holiday happy ever after dgn classmates. ok, kuasa student hospitaliti mmg begini kahkahkah! *gelaksetan*

malam tu, kitorang bertolak dari kolej tercinta naik bas sewaan kolej dan sampai kat setiu, terengganu awal pagi esoknya. masa sampai tu dah masuk waktu subuh so singgah kat masjid kat setiu utk solat subuh tak berjemaah dan sambung perjalanan ke jeti kuala besut. dah nama pun awal pagi, maka kami banyak tengok pemandangan dan suasana awal pagi rakyat terengganu sepanjang dalam perjalanan tu.

kitorang sampai kat jeti kuala besut tu lebih kurang pukul 7:30 pagi so sementara nak tunggu bot laju tu kitorang melepak-sarapan-bergambar kat pekan jeti tu sambil menghanjing "soooo this isss brasilllllll" "this is kuala besssssooootttttt"
(sebut dlm slang matsaleh british campur irish campur england yg pure tu) kahkahkah

bot sampai pukul 8:30 pagi. lect cakap, separuh akan naik feri dan separuh akan naik bot laju. dgn berlagaknya aku dgn yanie pilih utk naik bot laju kahkahkah. dgn TAKPERNAH naik bot laju, laju je aku pilih bot laju! tapi faiq tak naik bot laju dgn kitorang sbb dia kena angkat barang. student je yg naik bot laju sbb lect dgn family theyolls semua naik feri.

 yeay! dah naik bot!! ouch, shades jgn lupa pakai bhahahaha. baru mcm real tourist kateko. hahahah btw, tourist ni semua mana mandi pagi lagi hahahah semua busyuk masyem tauuu.

FIRST DAY :




 dah sampai kat chalet dan bergambar kenang kenangan. ni semua classmates aku, DTM22. btw, monopod tu penting. haa yelah sebulan dua sebelum ni jenuh survey kat ig mana ada jual monopod yg dijual dgn harga yg berpatutan (kami ni masih pelajar, takmampu nak beli monopod yg harga berpuluh hengget. nak beli gopro jaaaaaaaaauh sekali) kemahen susah hati lagi mana nak cari monopod nak buat selfie penuh bergaya masa pegi trip. ni dah ada, so puaslah hati memasing. 

 mmg jersi tu dibeli khas utk dipakai masa kat pulau. keseragaman tu penting kahkahkah! kaler dah tak penting, yg penting ada geng! haaa camtu.. faiq pun pakai jersi sama mcm ni jgk cuma masa ni dia tak sampai lagi. ah biasalah naik feri, mmg lambat sket. masa tunggu lect sampai, semua bersepah selfir kat pantai, baik senior ke junior semua sama naik jaa. semua kaki selfie tegar #jemaahselfie tersohor #selfiekingkongkepalahotakko

yea man !! welcome to Fauna Beach Chalet.









 lepas check-in bilik memasing, kitorang berehat, mandi pastu sekarang masa utk makan tengah hari. pastuuuuu ada laa dua tiga orang tu muka dah terbakar sebab dah main ombak pukul 11 tadinya. tak menyabar betul. hahahah



 lepas dah makan kekenyang, kitorang diberi taklimat pasal snorkelling, dpt goggle dan taklimat pasal jungle trekking untuk aktiviti petang tu. lepas jungle trekking, ada pre-snorkelling kot. pre-snorkel tu takguna life jacket lagi so enjoy laa berenang tengok ikan kat tempat2 cetek. yelah, tak semua reti berenang dan tak semua cekap snorkelling.

so sepetang tu kitorang pegi jungle trekking yg route dia, BAPAK JAUH GILA! aku taktau laa sejauh mana kitorang dah jalan tapi tak rasa jauh sangatlah sbb jalan ramai2. sambil jalan sambil selfie hahahah mcm hape lagi. tengah2 dlm hutan tu, sempat lagi bebudak ni angkat angkat phone cari line (dah namanye dlm hutan dan pulau, mana nak ada line kakak abang oii) pastu masa kitorang dah sampai kat tempat nak buat pre-snorkelling tu, semua dah mengadu taklarat lah, sakit kaki lah, penat lah dannn lect kitorang cadang utk balik naik taxi (speedboat). teheee nampak tak, lect pun tak sanggup nak jalan balik pi chalet? tapi balik naik taxi pun kena bayar tau, bayar sorang RM3. tu pun lepas nego harga dgn abe Lan tu BEBERAPA KALI.







hmm ni semua abe abe speedboat. aku taktahu nama diorang, tapi classmates aku yg lain tahu. kot?

















DAY TWO :

pagi tu lepas breakfast, sebelum pergi snorkelling (in the mean, the real snorkelling), kitorang kena taklimat lagi sekali tapi lebih kpd utamakan keselamatan dan bahagikan kumpulan naik bot pastu baru pegi snorkel. mmg drpd cara abe tu cakap, banyak tempat jgk laa nak pegi. memula pegi pulau rawa, pastu pegi pulau susu dara, pastu pulau tenggek burung, and last pegi terjun kat lighthouse. ingatkan dah habis, rupanya ada lagi, pegi berenang kat 'shark point' tengok baby shark dgn turtle pulak! letih mmg letih. sekali terjun, rasa mcm payah sangat nak panjat naik bot. tapi kalau taknaik, kaki dgn badan dgn otak ni dah letih. haihhh mengada betul perempuan nih.

memang aku tak reti berenang (hahahah bongkarlah satu rahsia besar aku) tapi kalau aku lepaskan peluang skodeng hidupan dlm laut ni, tak ke aku sendiri yg rugi. setiap tempat wajib turun snorkel dlm 10 ke 15 minit mcm tu. kalau taknak turun lama pun takpa, turun kejap pun jadi sbb setiap tempat tak sama keindahan dia. tapi mmg kau akan sakit hati sbb badan dah letih tapi tetap degil nak turun tengok ikan ikan dgn coral tu. tahu?
































dengan warna biru air laut yg pelbagai ton tu, jgn tanya kenapa aku taknak mandi laut kat pengkalan balak atau PD dah lepasni. alasan, sbb tak sebiru dan tak sejernih air laut kat sini kahkahkah (baru datang sekali dah mengada pulak gayanya!)


dari pagi tu pegi snorkel sampai pukul 2 baru kitorang balik chalet. sebelum balik tu, kitorang sempat singgah mandi air tawar kat Lata Air Berani. air kat situ perghhh sejuk gilababeng lah. nelayan pun selalu mandi manda kat situ. mandi ramai2 dgn abe abe speedboat and senior2 okay! lawan percik air ekekeke diorang semua mmg sporting. masalah slang BM yg berbeza tak jadi penghalang, asal ada sorang paham kira dah ada tukang terjemah dah. bhahahaha. fuhhh, another satisfaction for that day!










so lepas makan tengah hari, semua balik bilik rehat, mandi dan tukar baju. petang tu ada lagi aktiviti, sukaneka yg dianjurkan oleh classmates aku. time ni dah lebih kpd quality time dgn semua coursemate. masa ni kitorang pakai baju kelas (yg warna merah ang ang tu) utk keseragaman dan mudah cam bebudak DTM22. lect cum mentor kitorang pun dpt jgk tshirt ni ihihihi







 kat sini, kalau kau pakai shades dgn topi besar tu orang tak tengok pelik sbb kat sini mmg panas, so jgn risau. pakai dgn yakin dan bergaya. dan jgn risau kalau muka kau burn sbb kalau kau pegi trip mcm ni dan balik dgn muka halus gebu, org conclude kau pegi bercuti berkurung dlm bilik. ok paham? aku bangga jgk laa muka aku burn sampai habis mengelupas. baru real main laut ekekekeke

 malamnya kitorang ada dinner anjuran bebudak DEM5 (event management). tema diorang malam tu, hitam-putih-gold. tapi sayang jgk laa sbb para senior pegi dinner tu pakai baju tidur. apakesial sangat ni? bebudak kitorang je yg bergaya sakan. aku sendiri pun kemahen gelabah cari baju sbb nak sesuaikan dgn tema tapi ada jgk manusia yg tak ikut tema mejelis malam tu. apapun majlis tetap berjalan lancar sbb kitorang sedia support event yg bebudak DEM5 buat. and FYI, ni kitorang bergambar dgn Prince of the Night, RIZQAN. teheee (boleh dah kot nak minta autograf ke hape ke hahahah)

 dah pakai cecantik, apa lagi? bergambar lah reramai kat pantai. guna monopod lagi haa. seronok bhai. mmg aku tidur lena sgt malam tu sbb LETIH SANGAT!











selesai sudah segala aktiviti hari kedua. malam ni dah mula packing barang. esok pagi nak balik dah woi. letih ke apa ke sebelum tidur wajib buat summary secara lisan aktiviti hari kedua dgn geng sebilik ahahahah. siap menghanjing geng jiran sebelah. malam first kemahen main gitar la apa la kat luar tu, sekali malam ni semua masuk tidur awal. tahu pun letih kan.

hahahah selamat malam (tetiba je)

DAY THREE :

selamat pagi pulau perhentian! "sooooo thisss is brassssiiiilllll" (hahahah tetiba je mood nak menganjing)

hari last. dah tkda aktiviti lain dah selain drpd bergambar kenangan beramai ramai. wei tak syok wei sbb rasa sekejap sangat holiday nih (holiday laa sangatkan). rasa cepat sangat masa bergerak pagi hari ketiga kat pulau ni. bangun, mandi, solat, kemas beg dan bersiap. pegi sarapan. balik bilik, keluarkan beg dan kemas bilik CHOPP ! (maksud kemas bilik kat sini ialah check kut kut ada barang tertinggal ke hape ke) pastu serah kunci kat lect. pastu berkumpul ramai2 kat depan kafe chalet. bergambar huha huha. 



DTM20, DTM22, DEM5


haa sorry la ye, tak semua fokus sbb masa ni banyak sangat kamera kat depan. taktahu nak tengok yg mana satu (rasa glamer sangatlah katakan) pastu dialog2 berikut keluar:
"eh tolong amekkan gambar guna kamera kite"
"eh nak tengok yg mana satu nih"
"ok satu, dua, tigaaaa"
"eh cepatlah, silau ni"
"nanti kasi gambar ye kat sape tuan punye kamera tu"
"eh nak gune kamera kite, haa tekan button bulat yg besar tu ye"

"utamakan keselamatan ketika menaiki bot laju. pakailah jaket keselamatan." iklan penaja ini dibawakan oleh Abe Abe Speedboat Fauna (baca bagi ada bunyi slang tranung sket aa). jgn jadi mcm bebudak nih, main hentam galas beg memasing je dah taknak pakai life jacket. kengkonon yakin la beg memasing berat, nanti tak melambung tapi sekali bot 'terhentak', semua melompat jgk haaa.


plan hari ketiga ni kalau tak pegi Kota Bharu, yeaa nak shopping cenderamata utk diri sendiri, keluarga dan kengkawan yg di kolej tuhaaaa. sekali kitorang dimaklumkan bahawasanya haritu hari jumaat dan tak sempat pegi kelantan (menangis guling2 aku masa dlm bas). duit dlm poket tgh berkepuk kepuk tetiba tak jadi pegi shopping kat kelantan? ini boleh cetuskan mogok tau?! nasib baik ni rombongan bawak budak IPT, kalau bawak budak tadika? hmm apakan daya, kuasa memandu bas bkn ditangan kitorang so relakan jiwa ajelah balik kolej dgn tgn kosong.

dah balik, tahu apa yg menanti? ya, jgn lupa buat report dan final exam utk semester kedua menanti. nak sob sob, masa kira hari nak pergi pulau perhentian, tkda pulak yg sob sob sbb nak final kan? haaa sekarang, rasakan.

masa cerita ni di-update, tukang tulisnya dah pun selamat bercuti sem hari keberapa ntah. saje laa buat gimik over over sket mcm hape lagi haaa.
terima kasih sbb sudi baca dari awal sampai habis. lain kali update lagi ok?