16 May 2013

Selamat Hari Guru.

assalamua'laikum.

ZAMAN AKU SAMBUT HARI GURU

sekolah rendah

aku : mama, khamis ni ada sambutan hari guru. nak bagi hadiah ke tak?
mama : along nak bagi hadiah apa kat cikgu along?
aku  : ntah.
mama : nanti mama dgn abah fikirkan nak beli apa. tapi satu ajelah hadiah yg boleh bagi. ok?
aku : ok.

ATAU 

aku : mama, esok hari guru. nak bawak tupperware.
mama : kenapa?
aku : sbb esok ada jamuan kelas. cikgu suruh bwk tupperware kut nak tapau bwk balik rumah.
mama : ok lah.

sekolah menengah

aku : weh esok nak pi sekolah dak? esok ada apa?
kawan : esok ada sukaneka, ada persembahan. nyanyi, sketsa, nasyid blablabla. hmm pi lah. aku takmau kena bungkus dgn kerani pejabat asrama sbb cheng sekolah.
aku : ok esok pi sekolah. nak bagi hadiah apa kat ckg esok ni?
kawan : esok kita pi bilik guru, salam cikgu dan ucap selamat hari guru dah laa

ZAMAN ADIK AKU SAMBUT HARI GURU

adik : mama, esok ada sambut hari guru kat sekolah adik. adik nak bagi hadiah kat cikgu adik.
mama : adik nak bwk bagi hadiah kat berapa orang cikgu?
adik : nak bagi kat ckg kelas. ckg math, ckg bi, ustazah adik. pastu nak bagi kat ckg ni yg baik dgn adik ni.
mama : ramainya.
adik : adik nak bagi hadiah kat ckg yg baik dgn adik.
mama : hadiah pun ada tiga jaa. mcm mana nak bagi kat ramai ckg ni.
adik : hmm takpa lah nanti adik pikiaq lain.

betapa berbezanya cara aku dgn adik aku. masa aku dulu, asal dah menampakkan diri pi sekolah, sama2 sambut hari guru dgn guru tu dah kira meraikan guru jugak lah. itu lebih baik daripada bebudak lain yg tak pergi sekolah langsung. 
pastu, bila dah naik sekolah menengah, aku rasa syok pi sekolah sbb boleh buat hal sendiri. boleh tgk persembahan bebudak. bila ada budak nasyid, nyanyi lagu yg syahdu2 sikit, boleh laa nampak ckg yg tangkap leleh. waa, terharu gituu. tgk sketsa lagi. best laa. bantai gelak kat blkg tahap tak ingat. sehari sebelum sambutan hari guru, ni sambungan babak sekolah menengah zaman aku.

aku : esok ada persembahan apa eh?
kawan 1 : weh dengar kata #tempatkosong nak menyanyi lagu #tempatkosong
kawan 2 : wah wah ini sudah bagus. lagi? eh esok aku join sukaneka le bhai
kawan 1 : geng #tempatkosong buat sketsa pasai #tempatkosong
kawan 3 : aku dengar cerita, budak kelas #tempatkosong nak buat muzikal esok.
aku : aku pun dgr2 mcm tu jugak
kawan 2 : pastu mcm biasalah, ckg nak karok laa, ckg bersajak, berpantun pun ada.

tuu niat pun mcm dah terpesong sikit dah. waktu2 yg tak klimaks ni aku dgn kawan2 masuk bilik guru. jumpa cikgu2 yg tak turun sukaneka. pi salam dan cium tgn depa sambil ucap selamat hari guru. tu lah "hadiah" yg kami duk bagi tiap tahun kat cikgu2 kami. kdg, sempat lah jugak duk bergosip dgn cikgu2 yg masuk tahap kamceng tuu. 
bila waktu buat persembahan, paling best org yg bergelar penonton lah. dan dan jadi pengkritik yg ntah-apa-apa-ntah nak mengutuk persembahan org. sambil2 tu sempat lg duk usyar2 cikgu tgk persembahan. ada yg cepat touching sampai leleh, ada gelak tak cover gigi langsung dan ada yg tgk tanpa perasaan. boleh pulak duk bukak cerita lain sambil tgk persembahan kat depan. lepas habis setengah hari semua org serbu pintu dan bersesak sesak dan terhimpit himpit dan asdfghjkl.
paling tak best, bila masuk waktu lunch. waktu tuu semua form serbu DM. macam apa lg nak beratur pun. kalau lambat, kena beratur panjang. tu belum cakap lg part angkut geng potong barisan (ehem tapi aku pun buat jugak) pastu belum lg part dpt lauk yg boleh cakap yg sisa tuu sementara nak tunggu org DM tambah lauk dlm tray depa.
tapi tu semua bernama kenangan. tahun ni, aku ucap hari guru kat ckg yg mana aku ada no phone dlm contacts aku ja hahah. mula2 mcm "eh betulka apa yg aku nak buat ni?" so berkat sokongan moral dari mak aku, aku wish jugak laa kat ckg2 yg aku ada no phone tuu. hahah melampau budak writer ni nak ucap selamat hari guru kat ckg dia pun sampai nak ber-moral support dgn mak dia. 

12 May 2013

Happy Mother's Day mama!

assalamua'laikum !!



pertama tama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semuaaaaaa wanita yg bergelar mak atau ibu atau mama atau umi atau bonda atau mother atau mommy atau lain lain panggilan yg membawa maksud MOTHER. kepada mak aku, puan Hafidzah atau mesra disapa MAMA, selamat hari ibu along ucapkan. 

hari ni, aku ada latihan memandu lagi so secara tak langsungnya aku kena bangun awal sama dengan adik aku dan bersiap dan bertolak pi sekolah (memandu). bangun subuh tadi, aku ucaplah kat mama, 
"ma, selamat hari ibu.."
pastu mak aku tak dengar, dekat 4 kali jugak lah aku ulang ayat tuu lepas tu dia cuma cakap "hmm terima kasih ucap kat mama," lepas lepas dari tuu, adik aku pun terhegeh hegeh nak ucap jugak. ni sahih dia lupa. lepas aku ucap baru dia teringat. hahah, apa cer?!



bulan mei setiap tahun adalah bulan yg berganda ganda buat mak aku. satu, hari ibu. dua, hari guru (walaupun mak aku bukan guru tapi dia guru yg ajar aku cara nak jadi manusia ok) dan ketiga, hari lahir dia. aku ni pulak tak la kreatif atau pun otak gempak yg boleh plan mcm2 untuk suprise-kan mak aku atau ada tangan yg girlish yg pandai masak boleh buat kek atau cupcakes kat mak aku. setakat buat handicraft tu lepas lah. so tahun ni aku plan nak beli hadiah yg borong 3-in-1 special buat dia hihikhik *gelakgatai*

ntah la, aku baru plan aje nak beli apa dan apa dan apa apa lagi sbg side present kat dia. bila tau adik aku yg darjah 4 tu pun usaha beli bunga plastik yg jual koperasi sekolah dia sbg hadiah nak bagi kat mama, so why not me do the same thing too?? hahah, disebabkan aku takmau borong beli hadiah ni sengsorang, maka aku tongtong nak beli hadiah dgn angah. tongtong sorang seploh hengget pun cukup kot, kalau tak cukup aku tambah guna duit aku sama *.*

hmm tahun tahun sblm ni aku banyak beli kad dan selit selit kat pintu peti sejuk, letak kat depan tv, atau tertinggal atas katil lepas aku balik asrama hahah pastu bila mak aku nak kemas katil aku, jadi mcm "surprise!!" Aku ni jugak takda partner crime scene mcm Jannah, ada kak dia yg boleh ajak buat kek tgh2 malam pastu tggai kat meja makan. aku ni banyak buat senyap senyap sorang sorang aku ajeee. mcm malam tadi, aku forward gambar hari ibu yg hotlink hantar kat aku hahah! bertuah betul dapat anak mcm aku ni, main forward forward pulak !! pastu bangun pagi tadi mak aku buat diam/blurr mcm biasa aku mcm 'ish ni tak boleh jadi ni, nak kena lafaz juga ni' so aku pun ucap jugak walaupun kena ulang sampai 4 kali (takpa, ni bkn ijab kabul pun nak kena ulang banyak kali)

bila adik aku kata nak beli hadiah kat dia, dia selalu kata, tak payah. belajar rajin2 nanti besar baru boleh belikan dia hadiah. kat aku pun dia selalu kata benda yg sama. aku tak kira, aku nak beli jugak something kat dia. dia nak aku simpan duit aku utk buat benda lain. pastu dia kata, tak ucap hari ibu kat dia pun takpa sbb hari ibu yg sebenarnya adalah tiap tiap hari. kalau takat tiap hari ibu ja nak syg dia, nak jadi baik baik takpayah. nak sayang dia kena sayang hari hari.

so, aku masih berfikir fikir nak beli hadiah apa yg sesuai dan kalau boleh aku nak belikan mak aku benda yg dia selalu guna baru dia selalu ingat aku hahah. aku ni dah lah nak pi sambung belajar dah lepasni. taktau lagi nak tercampak ke bumi mana, ntah ke selatan ka timur ka. so, aku nak dia selalu ingat aku (air mata duk berkumpul banyak ni)

konon konon, ni lah ucapan syahdu dari kami adik beradik kat mama (: hmm boleh tahan (takpadan dgn ciplak hak google!)

pagi tadi adik aku sempat cerita yg dia kawan yg dah takda mak. mak kawan dia meninggal masa lahirkan dia )": serius aku dgr mcm nak menitik air mata. beruntung lah kita sebenarnya sbb masih ada ibu dan bapa. mcm kawan adik aku tuu, tak sempat langsung nak kenal mak dia. tau tau, ada kak ada abg dan ayah ja kat muka bumi ni. aku tumpang sedih )":

SELAMAT HARI MAMA !!

selitan potpet hari ni : ehem mcm biasa, aku kena marah lagi. well, kaki aku ni 'tak hidup' lagi. masa buat naik bukit, tak kena marah tu BOHONG !! sbb aku mesti kena marah. sapa suruh kaki aku pi pijak klac masa nak turunkan handbrake?! salah otak aku. enjin keta pun dah bau busuk semacam. pastu terus blurr bila dapat arahan. pusing stereng melelong mcm mabuk todi (dramatik sgt tuu hahah)

8 May 2013

buat folio budak sekolah (:

assalamua'laikum.

skrg dah masuk bulan mei. seperti org lain, aku tiada kerja hanya memerap di rumah mengekoq mak aku pi mana2 (ciss, ikut pi kedai beli brg runcit ja pun!) dan mengasuh kucing. skrg mesti dah ada tgh prepare nak pi matrik dan ada yg nak masuk prau. kfine aku tak dapat tawaran masuk prau wohooo! so, sejak sebulan lepas, aku dah jadi budak sekolah balik. eh eh rileks uolls, bukannya pi sekolah pun. hanya duduk di rumah dan buat folio sahaja kuikui. dlm bahasa budak sekolah rendah, folio/buku skrap (istilah 'buku skrap' dah lama tak guna) dan bahasa budak sekolah menengah pulak ialah Kerja Kursus

bila buat folio ni, maka dapatlah aku mengembangkan daya kreativiti yg ada dlm kepala otak aku ini bukan? yeay! tak la berkarat sgt otak ni berfikir dan jari ni masih laju melukis, menulis dan menghias bhahahah! 

aku buat kerja kursus sejarah dan geografi tingkatan 3 yg mak oi payahnya nak mampus! kena interview bagai. aku seolah olah reporter girl pi interview pihak pihak berwajib pulak. tapi bila nak buat folio sambil pejam dua dua belah mata kononnya, aku buatlah folio sains budak darjah 4! kuikui (:

so, bila aku buat folio sekolah rendah yg adik aku sorang lagi tuu punya tuu, ehem! aku rasa aku dah mcm cikgu sains pulak. awat dak, aku tetiba rajin duk google gambar haiwan dan boleh pulak aku duk mengkaji pasai cara haiwan melindungi diri daripada bahaya? itu lah, semangat nak belajar tu masih menebal dalam diriku ini hohokhok. 

boleh dikatakan, setiap kali aku bukak internet ni, lebih kurang 25% apa yg aku bukak tuu ialah banyak search pasai sejarah, geografi dan sains tahun 4. yg selebihnya, hihihi TAKMAU HABAQ! wohooo, aku rasa mcm tgh buat ulangkaji nak exam gituu! masa aku umur depa dulu, takda maknanya aku nak meng-google benda2 ni semuaaa. tak kuasa aww aww. main salin-tempek dari folio orang adalahh hahahah! 

aku rajin lah men-dowload itu ini, ulang alik pi kedai print/fotostat itu ini sampai tokey kedai tuu kenai lah muka aku ni. sat duk print bahan sejarah atau geografi, esok tuu mai print gambar haiwan pulak. bila depa tanya aku ni umur berapa, aku jawablah sudah 18 tahun tapi mai duk print keja budak sekolah, oh apakah??

aku buat kerja folio adik adik aku ni, ikhlas. aku cuba buat dgn sehabis baiknya. aku nak aku puas hati dgn apa yg aku buat sbb aku buat kat org. kalau aku buat kat aku, takda maknanya aku nak buat sampai sebegitu terperincinya. folio aku dulu, aku buat cincai aje hasilnya, sbb yg penting ialah SIAP!!

bila aku tlg buat folio depa, aku buat sesungguh hati. aku buat sampai tak tidur malam. aku tak mintak upah langsung tapi aku claim balik segala perbelanjaan membeli bahan, fotostat dan print, dan blablablabla. kerana itu haruslah! kalau uolls pernah buat folio yg glam glam, mesti uolls tahu berapa banyak kos yg diperlukan, tak gituuu? hasilnya sampai skrg ni, taklah segempak mana tapi kalau dilihat muka tuan punya folio dan folio, mesti uolls akan teka 3-4 kali,
"eh, betulka dia yg dia buat folio ni? awat nampak kemas/lawa lain macam ja??," 
ahah! begitulah yg aku bayangkan hohokhok (cukup perasan disitu yaa?) hmm, elok betul..

aku ni boring duduk rumah. aku yg sudi menawarkan diri kat adik adik aku tlg depa buat folio tuu. alah mcm bisnes gituu. skrg aku tlg depa buat folio, depa tlg aku lain kali.. well, kakak misali, ahaks!

serius, disini dapat aku simpulkan bahawa, tlg adik adik buat folio seolah olah membantu aku melepaskan gian nak buat kerja sekolah. dah lama oh aku tak pegang pen. asyik duk calit calit lappy pastu duk menekan keyboard jaa. main tweet, update blog lah katakan! 

takda perkembangan minda langsung. so bila aku dapat menyusahkan diri sendiri buat folio adik aku ni, maka dapatlah aku menyakitkan kepala sendiri memikirkan cara nak melaksanakan kerja kursus adik aku. aku baru tau, rupanya kerja kursus adik aku lebih payah daripada kerja kursus aku dulu! kena survey itu ini. kena turun padang lagi, eh macam wakil rakyat pulak hahahah!

yg paling tak tahan aku dgn mak aku yg terlebih pikiaq macam mana nak bawak adik aku pi interview orang pasai kerja kursus dia ni. dia pulak, leks jer tgk kartun kat channel XD tiap kali dia balik cuti. tak nampak pulak yg dia risau kerja dia banyak lagi tak siap. tapi, aku pulak yg berhempas pulas buat gitu gini siapkan kerja dia. oh ini tidak adil tidak adil bagikuuuu ~ yunamisai :O ehem, aku ini cuma tlg siapkan bukan tolong laksanakan kerja kursus uish jgn salah bhai!

inilah kerja sukarelawan aku skrg. gajinya ialah tempat tinggal dan makan, pakaian ditanggung oleh ibubapa budak budak yg aku tlg siapkan folio tuu.