26 April 2013

Hobi terbaru !

assalamua'laikum.

ehem kali ni aku nak taip pasai hobi terbaru aku yg pada orang lain 
"eh terbaru lah sangat, orang dah buat lama mana dah pui!,"
iaitu hobi main game online.
ni dah kes dah habis gian sesangat nak main game lepas kena penangan Tab cap Taiwan yg aku duk main dgn aimi masa pi melaka 3-4-5-6 hari yg lepas.
dlm tab aimi tuu ada memacam game.
ada game penyet penyet zombie,
ada game candy crush,
ada game angry bird,
ada game doraemon duk lompat lompat, 
game buaya sesat,
game tarzan duk hayun hayun sambil makan pisang,
dan macam macam game lagi.
tapi game temple run takda ok??
hahah suka jiwa aku ja bagi nama kat game game sekalian tuu.
kejam jugak kan??
ah bekpikedia..
janji ada jugak namanya daripada aku duk erm erm err err duk buat pala ingat nama nama game yg ntah apa apa ejaan dan sebutan tuu.
tapi, best oh main game kat tab taiwan yg suka betul hanged tu..
paling memalukan aku ialah aku boleh kalah dgn budak umur 3 tahun lawan game angry bird..
sebelum aku naik bas, aku sempat main game penyet penyet zombie dlm kereta masa otw nak pi melaka sentral..
huu giannya nak main game tuu.
sudahnya bila dah balik rumah, aku pun mulalah berjinak jinak merpati main game candy crush yg agak best dan skrg aku dah gila game tuu.
ingat kalau main game tuu mcm tak cool ja tapi mak jemah kata dia pun layan main game tuu, aku pun main jugak lah.
heheh rasa glamer sgt boleh main game tuu tauu. ish #perakjakun to the max!
so skrg, sudah menjadi kewajipan aku main game tiap kali online.
tapi lepas kalah 5 minit yg lepas, aku pun update lerr blog aku ni mueheheh..
ni baru satu game, belum gila nak main sampai 2-3-4-5-6-7 game..
hah, jenuh bukak new tab banyak banyak lerr.
sebelum ni musim aku suka layan youtube, pastu musim suka baca blog, skrg musim main game pulak ish ish..
nama pun penganggur ter-hormat, apa lagi yg sesuai dgn aku selain hadap bebenda tuu semua kann??
zaman baca buku, zaman tekan kalkulator, zaman buat folio (eh skrg aku tgh buat folio bagi pihak adik adik aku tau??) dan zaman hafal sifir tuu semua dah habisses..
sekarang ialah zaman nak jadi budak bawah 10 tahun iaitu main game habis habisan sampai kalah.
bila kalah, tahu tahu ajelah apa nak dibuat.
marilah mencipta hobi baru yg lain pulak.
tapi, kebanyakan hobi aku ialah semuanya duduk terperap di rumah.
aku juga belum kena sindrom gila stereng lagi sbb masih tak habis belajar memandu sepenuhnya maka aku ini tidak diiktiraf pemandu berlesen oleh abah dan mama dan pihak memandu KP..
sapa ada link game yg gempak gempak lagi meleTOP sila inbox aku yerr. 
jasamu kukenang hingga ke hujung nyawa hihikhik

P/S : ehem, terimas sbb sudi baca entri saya lagi. tak comment pun takpe. :P (piss)




22 April 2013

2 days nanny

assalamua'laikum..

kali ni aku kembali lagi bersama kisah kisah yg penuh kepoyoan 
(cis bajetlah ada orang nak gelak guling sambil baca blog aku ni kan, pui!)

okey, serius serius.. 

kira kira seminggu lepas, pakteh aku dapat baby, baby boy..
maka, dgn itu, rekod abah yg mempunyai anak perempuan sulung tidak dipecahkan oleh sesiapa.
since, anak sulung makngah, lelaki..
anak sulung pakndak, lelaki..
anak sulung paknjang, pon lelaki..
dan turn pakteh dapat anak, pon dapat anak lelaki sulung jugak...
so, aku saja anak sulung perempuan kan kan??
waa, cayalah abah. along tabik abah k?

berita baik/gembira tuu diterima oleh kami dgn gumbiranya jugaaaa.
yelah, ahli keluarga kami dah bertambah sorang lagi, lelaki pulak tuu..
#DuitLagi

erkkk?!

tiba tiba!! tok aku nak pi tgk anak pakteh yg kini berada nun di melaka sana jauh tu!
ye lah, excited nak tgk cucu tapi, 
dia ajak mama teman dia tapi since mama tak boleh ikut atas sbb musabab yg tertentu, maka, aku yg telah meng-entri-kan kisah ini terpaksa rela menemani tok tersayang ke melaka.

asalnya aku tak begitu teruja nak pi.
kemas kain baju, mcm nak taknak ja pi..
rasa mcm tgh mimpi ja nak pi melaka.
eh pi sensorang tanpa ahli keluarga asas yg lain sgt tidak best tahu??
ye lah, dah la nak pi bermalam kat rumah orang, mana best..
pi pulak bawak diri sorg2..
tok takpalah ada anak dia boleh jaga/teman dia sepanjang dia kat rumah besan dia..
tapi, AKU??
aku ni bagaimana?
aku ni dah la pemalu, pendiam pulak tu #IniSemuaBohong..
nak nak pulak pi tidur kat rumah orang yg tak berapa nak rapat, kenal jauh lagi lah..
kalau boleh pi sleepover kat rumah adik beradik yg rapat tuu boleh la tahan jugak buat muka tak malu nak buat apa apa pun..
tapi lepas mama kata, aku boleh tidur kat rumah mak usu kalau taknak tidur kat rumah family makteh aku tuu..
aku pun macam "OMG, bestnya boleh pi lepak rumah mak usu,"
aku pun terus memberikan semangat kat diri aku supaya suka jugak pi melaka ni.

so, hari rabu lepas, hari yg aku pass buat QTI B2 tuu wan dah call abah bagitau dia dah beli tiket pi melaka malam jumaat pukul 11.
tiket utk 2 orang, yakni utk aku tok dgn aku lah!
eh apa yg cepat sgt ni?!
tok ni nak pi tgk cucu pun semangat nak mampusses..
agak agak lah. mcm takda hari lain nak pi pun.
kalau pi hari lain, boleh jugak pi melaka ramai ramai..

aku pun dgn kelam kabut ala charlie chaplin mula kemas kain baju, prepare segala brg yg nak bwk pi dansebagainya..
aku mem-bajetkan beg sekolah bodyglove tahun lepas dgn beg woven ja (bkn beg woven smj tu!)
arghh malasnya nak bwk beg banyak2.
dlm kepala aku duk terbayang dah apalah yg tok aku nak usung bwk pi rumah besan dia nnt.
aku jgk yg nak kena bwk beg/bagasi dia nnt..

maka, tibalah mlm jumaat itu..

aku bari teringat ada cerita best nak tgk kat tv, tapi hasrat tu layak dibuat buat lupa sbb aku dah naik bas dah waktu cerita mula ada satgi..
so, kami semua dinner dulu.
abah dgn mama suruh makan nasik kenyang kenyang.
kang tak payah nak bebai kelaparan atas bas nnt.
sambil makan nasik, bertangki tangki pesanan (kalau guna perkataan bakul mcm kecik, so guna perkataan tangki baru nampak dramatik sikit kan) dari pihak berwajib mengenai cara menjaga diri dan warga emas ketika dlm perjalanan jauh..
nasihat tu lebih kurang mcm aku nak pi rombongan sekolah masa darjah 6 jugak.

pukul 10.30 kami sampai lah kat stesen bas tanah merah.
wan dah beli tiket siap so aku ni cuma bawak diri ajelah meneman tok pi melaka tgk cucu..
sambil tunggu bas, wan sempatlah hulur "sikit" fulus sbg belanja aku sepanjang pi melaka ni. 
ehem, ini rezeki!
abah pun kasi fulus jugak.
kang dgn poket zero tu jugak aku ke melaka..

lebih kurang pukul 11 lelebih tu bas pun sampai dan kami pun naik.

dlm perjalanan, aku mmg tak boleh nak lena..
dah la seat aku tak boleh adjust, pastu terteliang leher aku ke kiri ke kanan serupa tgh meratib lagi!
well, dah nama pun naik bas waktu malam so apa lagi yg layak dibuat selain drpd tidur??
aku ni cuma #3310user aja so takpayah nak mengada nak tweet ka apa ka.
sambil aku duk kira tiang lampu sepanjang highway, aku pun tertidur..
taktau lah berapa kali tertidur, berapa kali berangan, berapa kali mimpi dan berapa kali terjaga sepanjang 5++ km perjalanan malam tuu..

pukul 5, bas dah masuk KL..
waa, even baru pukul 5 tapi dah ada keta, van meronda sana sini.
#ItuKL
aku pun mulalah me-roger roger mama, mak usu dgn pakteh bagitau dah sampai KL.
henpo baru boh topup, so jari ni rajin la menekan mesej hahahah
tapi mesej ja lah sbb kalau call err err..

lepas tu sambung tertidur balik.

sedar sedar, pakteh call tanya bas dah sampai mana.
masa tu bas baru masuk toll ayer keroh.
tapi, tara nak sampai melaka sentral tu, bas ni pusing sana pusing sini jugak lah.
omg jauhnya nak pi melaka sentral pun!

bila dah sampai melaka sentral tuu, dok menunggu pakteh mai jemput pun lama jugak.
rupanya dia cari kami tak jumpa..
lepas tu terus pi rumah mertua dia kat tengkera.
alah area dekat dekat situ jugak. 
tak lah jauh mana, cuma dia kona sana kona sini pusing jalan tu masuk jalan ni.
aiyoyoo manyak pening jgk maa.
nasib baik naik keta, kalau naik bas maraliner a.star-jitra-changlun tuu, mau ter-uwekk jgk aku!!

pastu boleh pulak aku buat heran, "eh sekolah ka hari ni?," bila tgk bebudak masuk sekolah pagi tuu..
ehem, ya, sila tampar muka aku.
aku lupa aku skrg kat melaka, bkn lagi kat kedah.
boleh pulak aku dok meng-herankan diri aku yg sekolah bukak hari jumaat.
haru!

so bila dah sampai rumah keluarga mak teh, kami disambut dgn mesra.
depa bagi kami bilik dan suruh kami tidur dulu sbb waktu tu awal lagi.
siap hidang breakfast bihun goreng.
aku dgn tok tgk baby Firas, anak sulung pakteh.
berat dia 2.85 kg eh sama dgn berat aku masa lahir dulu! lol

so hilanglah segala persepsi aku pasai family makteh yg sebelum aku rasa tak begitu mesra tapi sebenarnya amatlah mesra.
terus hilang sifat malu malu kucing aku tadi.
aku makan dgn lahapnya (ok tipu ni)

dekat sehari suntuk jugak aku duduk kat rumah family makteh tuu.
adik makteh pun ada mai jgk sat hantar anak dia yg umur baru 6 bulan sbb dia nak pi tabung haji, buat urusan haji dia.
so, aku pun ambil kesempatan mengorat baby Qayyum anak saudara makteh tuu hikhik.
dia hensem/comey weh!
tapi dia tak kenal aku, so dia nangis tanpa henti.
ehh dia ada berhenti nangis kejap sbb nak tarik nafas, mengah maybe hahahahah

so blablablabla sepetang di rumah family makteh, ptg tuu baru mak usu sampai menjemput aku..
mmg mak usu mai jemput aku tuu mcm nak cepat lah sbb dia tak sihat.
aimi pun baru lega demam tp dia dah dapat satu perangai baru, suka buat malu malu kucing.
setahu aku, dia ni takda istilah malu malu kucing sgt sbb dia ni garang..

so kami pi makan makan dulu pastu baru balik rumah.
belum lagi sampai rumah tp aku dah mula buat kerja mengasuh aimi.
"along, nak kencing,"
"along, nak air,"
"along, tolong aimi,"
"along, tgk ni,"
semua along, along, along..
aku bkn along, aku cuma anak sulung dgn gelaran along k..

so malam tuu, aimi tidur dgn aku.
mgkin dia (aimi) tak boleh tidur sbb dah berubah suasana, so ada aje apa apa dia nak buat.
nak minum air, nak kencing, nak itu, nak ini.
aku ni dah la letih kang ada jugak yg lekat tapak tgn kat muka sbb kena penampar nnt..
lepas kena marah sekali, baru dia boleh tidur.
oh ya, sepupu aku yg special edition ni dia tak boleh tidur kalau tak bukak aircond.
aku pulak tak boleh tidur kalau bukak aircond, kira nak selsema ja.
hah, pakat berlaga angin tidur kami dua malam tuu..
so masa aku terjaga lebih kurang pukul 4pagi, aku dgn bangganya pi off aircond.
so comforter yg aku duk guna tadi tu dah tercampak ke hujung kaki hahahah.
aku ingatkan amoi tu taksedar aku tutup aircond tapi dia pulak yg tidur gelisah..
dia panas lah kot.
lepas dia bangun kencing, dia terus lari pi tidur dgn mommy-papa dia.
hah, baru hg tau macam mana rasa tidur dgn aku..
pagi tuu, lepas papa dia pi kerja, DIA MAI KEJUT AKU BANGUN TIDUR!
paham dak?
DIA KEJUT AKU BANGUN TIDUR?!
"along, bangun lah. along.."
nampak sgt dia bosan sampai mai kejut aku bangun tidur bagai.
eh awal pulak dia bangun hari ni?
selalu sama lewat aja kami bangun tidur tiap pagi.
so dgn rambut kembang se-tamannya aku pi tgk tv dgn dia kat depan.
mak dia pun pi sambung tidur balik so tinggal kami dua ja layan tgk Tanyalah Ustaz hahahah

pastu kami sarapan sama sama..
main iPad cap Taiwan sama sama,
gelak sama sama,
gaduh pon bersama sama..
aimi ni nampak aja kecik tp ganasnya tahap tak boleh berbincang. 
aku ni digigitnya, dicubitnya, dan diramasnya lengan aku yg "tough" ni hahahahah
aku mangsa dera budak 3 tahun ok?
mengada pun ada jugak tau.
makan nasik pun nak disuap..
kalau turn dia tgk tv, dia tak bagi sapa pun tukar channel lain, 
tapi bila orang lain tgh tgk tv, sesuka jiwa dia aje main tekan channel..
ya, dia tak reti tukar channel tp dia reti tekan tekan button remote tu..
Ya Allah, hanya Tuhan saja yg tahu betapa cerdik dan nakalnya budak Cin-Yu (cina+melayu) tuu..
ptg tuu kami dua tertidur kat ruang tamu.
pastu, boleh pulak dia mengigau sampai nangis nangis waktu siang siang begituu.
aku pun tertidur jgk, so aku persyaitankan saja tangisan dia.
mak dia pun buat taktau jugak kat dia hakhakhak
(aku tau benda ni pun dari mak dia, kalau tak mana aku tau dia pattern budak kecik yg mengigau di siang hari!)

ptg tu mak dia tak larat bangun (mak usu demam lg) so, akulah yg bertugas memandikan budak banyak akal tu.
kejap nak sabun, kejap nak shampu, kejap nak gosok gigi..
eh ni kalau dia ada bulu ketiak, ntah nak bercukur bulu ketiak jgk kot??
sbb semua dia nak buat.
oh mementang aku yg mandikan hg, hg duk demand nak mcm2 noh??
lepas siap pakai baju semua, papa dia balik.
so hidang lauk semua, pastu kami makan sama sama.

mlm yg kedua ni, mmg aku tolak habis habisan takmau tidur dgn aimi.
aku tau dia nak buat mcm semalam, nak main..
so, aku brainwash dia sikit.
torture dia sikit, tp dia ni jiwa kental sikit..
tak berapa nak makan saman sgt tapi berkesan lah jugak cara aku tuu..

"ahh, nnt aimi bkn nak tidur tp aimi asyik nak main aje,"
"takde takde"
"aimi tipu. nnt aimi bukak tgkap. aimi nak minum airlah. aimi nak kencinglah.."
"tak, takde takde.."
"takde aper?!"
"takde takde. ok aimi tidur.."
"hmm.."
"along, jom kiter o-oink.."
"o-oink tu aper?"
"o-oink tu tidur. jom la o-oink along.."

muka merayu dia sebijik mcm puss in boots dlm shrek.
jgn mudah tertipu k?!
tapi aku bagi chance jugaklah dia tidur dgn aku, dgn syarat, TAKBUKA AIRCOND.
hmm dia pun setuju. 
tidur dia pun mcm gelisah jaa, mgkin sbb panas.
baby zaman skrg ni keluar ja tgk dunia dah duk dlm aircond, so agak panas sikit dah meng-ekk ekk.

so mlm kedua tu, amoi tu mengotakan janji dia. 
dia mmg tidur.
siap himpit aku lagi!
takpadan kecik nak menghimpit aku!!
sekali siku aku kena kepala dia, baru dia tau..

esoknya, aku dah nak balik. sat ja aku jadi nanny dia.
takpuas lg mencari pasal dgn dia..
takpuas marah2 dia..
takpuas cium pipi gebu dia hukhukhuk )':
hahah dpt rm20 dari mak usu sbg upah jaga anak dia masa dia tgh demam tuu.
yeayh, rezeki jgn ditolak..

so lepas sarapan, pak usu & mak usu pun hantar lah aku pi melaka sentral.
sementara tunggu pakteh dgn tok sampai, kami ronda2 kat melaka sentral dulu.
jumpa playground, so bagi aimi main kat situ kejap.
bila pakteh dah sampai, kami pi amek tiket kat kaunter dan tunggu bas sampai.
sementara tuu sempatlah aku usik aimi, suruh dia ikut aku balik kampung.
aku tgk muka dia mmg sayu tahap gaban lah.
dia mmg nak ikut le kowt? hahahah
mmg dia kecik lagi, tapi dia tau sedih woh!
masa aku nak naik bas tu, dia pegang tgn aku sambil sebelah lagi tgn dia tarik tgn mommy dia.
"mommy, jom balik kampung. jom pegi rumah mama,"
lancar mulut dia cakap ayat tuu.
aimi dah fasih bercakap tau??
ni bkn setakat menghantar semata, malah menunggu sehingga bas berlalu dan hilang dari pandangan mata, acewahhh!

so sambil dlm bas, aku mcm duk dgr dgr ja suara dia duk sembang dgn aku.
hmm bas baru keluar melaka sentral, tapi aku dah rindu dia! wuwuwuwuwuuu
so, perjalanan naik bas di siang hari sgt membosankan.
masalah nak terkucil sbb aircond bas terlampau sejuk, bas duk bergoyang mcm roller coaster, penumpang lain yg terlebih peramah dan suka bersembang tak kira masa dan situasi, dan blablabla.
so elakkan naik bas waktu siang.
buat nambah dosa sbb asyik memaki dlm hati..

so. terima kasih bebanyak sbb sudi baca kisah aku kali ni. ada masa update lagi! okbai.
assalamua'laikum

P/S : maap la yer, entri aku sentiasa tiada gambor kerana aku ini pengguna tegar 3310..

17 April 2013

crazy little things

assalamua'laikum..
hari ni dah selesai pun QTI aku. fuhh, alhamdulillah, aku pass.
semalam, last aku buat latihan.
sebenarnya aku yg konfiden sgt tak boleh buat QTI lg tuu sbb aku rasa ada banyak benda lg yg aku tak belajar, mcm buat isyarat tgn, buat brek kecemasan dan dan?
dan kona kona pusing kon.
pada orang lain, mgkin benda2 tu senang nak buat, tapi pada aku yg kaki cap BSKL (basikal) ni, rasa mcm payah la jgk nak buat
tapi, aku berjaya buat pagi tadi.
syukur..
dan, aku buat QTI tgh2 hujan renyai tauu?!
amacam, rare dak?
duk biasa berlatih tgh panas, awai pagi tapi masa buat QTI tadi, buat tgh hujan. ahahah
takut ada, malu ada, syok pun ada.
aku takut, aku tak pass QTI. 
aku malu, sbb aku masih tak reti bwk moto aka kurang yakin dgn diri sendiri. 
aku syok, sbb boleh main hujan *ohokhokhok*
ehem, tau tau ja lah aku ni, dah lama takmain hujan. 
last aku main hujan, tahun lepas.
lebih kurang lepas periksa tgh tahun kot, kalau tak silap mueheheh

ahh tu semua merepek! 

ok ok, semalam, masa aku tgh buat latihan, mama ngn abah pi lah melepak kat roti canai muthalib.
mereka juga telah berhasil memperoleh seekor anak kucing, meoww! hahahah
bagaimana kisahnya mereka jumpa kucing itu?
ok, mari kita buat playback sikit.
ni masa mama cerita kat aku dlm keta lepas depa jemput aku dari buat latihan moto, rabu lepas..

bertempat di roti canai muthalib, mama ngn abah aku terjumpa sekor anak kucing yg sgt lincah dan agak comel. depa berkenan nak amek anak kucing tuu utk dibela. depa mmg dah plan dah kut nak bela sekor. so lepas berbincang habis habisan, depa setuju nak bwk balik anak kucing tuu.
tetiba! mak kucing mai. mai menjilat bulu anaknya. tau apa maksud dia? maksudnya, 
"ni anak aku. aku mak dia, so jgn kacau anak aku k?,"
melihat respons mak kucing tu, maka mama ngn abah cancel buang teruslah hasrat murni depa nak bela anak kucing itu. maka, hasrat tinggal mimpi. 

fiil parents aku ni, depa suka kucing yg suka menikus (lincah), aktif dan cergas.
rupa paras dari segi kecomelan tak menjadi isu.
asalkan BKN KUCING PEMALAS.
kalau harap muka comel tahap gaban, tapi pemalas, cerewet, suka merajuk then godie ja lah kucing yg berjenama begituu..
bila depa jumpa anak kucing yg lincah tu hidup terbiar, so teringin la depa nak bela.
lagipun, jimat kos nak beli beli bagai..
rasa terkilan sgt sbb peluang nak kidnapped anak kucing tuu dah terlepas.

so, semalam, pada hari rabu jgk, masa aku tgh buat latihan moto, 
mama ngn abah aku pi lagi roti canai muthalib tuu dan jumpa lg anak kucing minggu lepas.
kali ni, mak kucing tuu dah tak buat respons mcm minggu lepas, so mama ngn abah aku buat kesimpulan mak kucing tu bagi amek anak dia.
mgkin mak kucing tu dah train anak dia jadi kucing sejati kot..

so, bermula lah fasa baru family kami bila dah ada pets ni.
takda fasa baru sgt pun.
dulu penah bela hamster yg bernama hemoi, lepas hamster dah mati..
bela pulak kucing yg berasal dari atas siling rumah aku. 
bubuh nama hemoi jugak, tp pets kedua ni ada penyakit so tak lama lepas tu dia dah hilang, taktau sapa culik.
sp skrg bela pets yg ketiga. kucing jgk. bubuh nama pun hemoi jgk. 
sbb nama tu yg sgt sedap disebut, best dan rare bagi family aku. 
so sbg hari orietasi buat Hemoi III Jr (hahahah nama dia, tak boleh pi lgsg) kami bagilah dia makan nasik, bagi tempat tidur kat dia, dan blablabla lg.
sambil kami duk tgk dia makan, kami terpikiaq, nanti kalau kami nak pi mana2, mcm mana ngn dia. hahaha
rasa tak sampai hati nak tggai dia bersendirian kat rumah.

balik kpg ptg semalam pun takmau balik lama2 sbb takmau tggai si anak kucing tu kat rumah heheheh.
masa kami keluar, hemoi tgh tidur.
masa kami balik tu, dia baru bgn tidur..
hah, so bertuah. hahahah
balik tuu, aku sambung lg main ngn hemoi III Jr muehehehe
biasalah ciwi bela kucing lg!
sampai aku ni lupa diri lah yg esok ni aku ada QTI moto..
tgk betapa hebatnya kuasa saikologi yg ada pada kucing. kuasa Allah..

so skrg tgh update pun tgh update sama sama ngn hemoi #IniSemuaTipu
pasai hemoi, aku gagahkan jgk badan dan tabahkan hati buat QTI tgh hujan,
pasai hemoi, aku sanggup takmau pi jalan mana mana,
pasai hemoi jgk, aku lupa nak main twitter.
tapi statement tu nampak sgt autanyaa tp belasah ajalah..

so, moral of the entri today is, belalah kucing sbg teman hidup anda. kucing memahami naluri manusia. #fakta, pegang kucing boleh menstabilkan kadar degupan jantung dan mengurangkan stress (haatudia, keluar dah ayat sains asli aku!)

so thats all for today, thanks for reading this entry ! okbai, assalamua'laikum 

(P/S: hari ni hari Rabu, jom kita pakat2 pi pasar mlm changlun ok?)






3 April 2013

makjemah

assalammua'laikum dan salam 1Malaysia. 

ehem sejak dah cuti pannnnnnnjang begini maka, aku dah jarang boleh jumpak ols member baik. 
masa bulan satu lepas, aku pi melepak kat rumah aziemah. 
pi mengisi borang upu bersama kuikui. 
weh syok tahu boleh pi melepak rumah orang?
boleh makan, menyembang, buat rumah member tu mcm rumah sendiri hahahaha
(sah lepas ni hampa takmau jemput aku pi rumah hampa kannn?)
ah, per'syaiton'kan...

so, kelmarin DULU, yakni pada satu-haribulan-empat, aku telah mengunjungi seworang sahabat bahikku yaitu mak jemah aka Jannah. 
(banyak sungguh typo dlm ayat diatas ni!)

inilah JannahOthman. sila follow dia di twitter ya. oh itu spekmata lama dia, skrg dia dah guna spek baru yg rare dari yg biasa!!

kebetulan kakpizah ngn abg pidot nak pi bertugas di "perbatasan" di kepala batas.
nama spesifik lokasi "perbatasan" tidak kutahu namanya, yg pasti di KP, Kepala Batas.
aku mengambil kesempatan nak menjenguk the kakak Jannah dirumah beliau.
(eh mentang mentang hg dah penah pi rumah dia pastu buat muka takmalu nak pi lagi??)

mulanya, aku call rumah dia buat temujanji (bkn temuduga) nak pi rumah dia.
kenalah check dulu sapa ada kat rumah dia, takkan nak main terjah gituu aja mcm dlm melodi tuu?

so pada petangnya dgn zemangat uolls tahu iolls pi rumah dia.
dgn tak call dia bagitau kata dah sampai depan pintu pagar, mana beliau nak tahu??
dahlah dgn 'happy'nya aku dok menekan suis loceng kat pagar rumah dia, bertubi tubi (oktipu).
yalah, pagar rumah aku mana ada leloceng begituu.
benda (loceng) pulak dah ada kat situ, maka, gunalah ia.
jimat tenaga aku nak terjerit jerit bagi salam kat jannah.
kang jiran dia ingat salesgirl manalah yg mai rumah orang tetengah panas tuu..
oh yaa, lupa nak bagitau. jarak pintu pagar dgn pintu rumah jannah ialah melebihi 3meter.
mgkin dekat 8 ke 10meter jgklah (hah jauhkan?)
so lu pikirlah sendiri nak bagi salam sendiri ka nak bagi salam dgn cara tekan loceng tuu..

heh, kunjungan aku ke rumah jannah ni dah masuk kali ke2.
tahun lepas dah mai sekali, mai time kenduri hihihi.
masa tu best woh! mai ramai ramai.
ada aida, sue, dikyan, kila, cheah, mierah.
pi rumah jannah naik bas, balik asrama naik grand livina.
(setai oh, hampa ada?!)
ahh itu kisah 2012.

masa aku sampai tuu, cuma ada mama jannah, kakak jannah ngn adik jannah ja.
abah jannah pi kursus. 
paham tak ayat diatas?
abah jannah pi kursus. 
SO, aku bebas ber-freehair dirumah jannah tanpa perlu mengawal tingkah laku.

biasalah bila anak anak dara bergosip, mesti masuk dapur kan??
buat air sesama, ketuk ais sesama, hidang makanan sesama.. 
ahh tipu ja semua tu, sebenarnya aku ikut ja jannah pi dapur dan TENGOK dia buat keja surirumah tuu.
aku kan tetamu? hikhik #DiaMmgPoyo
sambil mama dia pulak punggah itu ini itu ini menjamu aku nak makan.
thanks makcik (takrugi mai rumah makcik hahahah)
oh itu sudah bagus!
aku pun pi duduk kat kerusi sambil baca doa ahahahah (pui)

dah lama aku tak bercakap sambil gawang tangan sbb terlalu semangat nak bercerita.
so bila duk dgn jannah, pompangpompang sama naik ja kami duk bercakap.
kami sembang pasai nak apply u mana,
pasai bagaimana nak apply ipt,
pasai smj,
pasai members yg lain,
pasai driving licence,
pasai result kami dan result orang lain,
pasai pakwe kami eh silap, mak jemah takda pakwe k? aku sorg ja kot hahahah
pasai twitter, 
pasai memacam lagi.
keadaan yg panas jugk tak menghalang kami utk terus semangat bercerita.

dalam masa yg singkat itu, kami sempat lagi plan nak tgk 'Adam&Hawa'.
plan tetap plan, Tuhan yg tentukan nak jadi ka tidak kaa.
baru ja kami nak tgk, mymom dah call ajak balik.
eii rasa saaaaatttttttt sesangat boleh melepak ngn jannah. 
yalah, sebelum ni duk biasa melepak lama lama dari tengah hari sampai sebelum tido,
makan bersama, buat teh bersama, bergosip tanpa-henti pon bersama..
(hah dah terkeluar lagu Teman Pengganti dah!)
sebelum spm, kami dilanda wabak angkasawan, iaitu semua tetiba pakat suka makan honeystar.
wabak angkasawan ni dicetuskan oleh mak jemah ni lah

beliau yg ber"shawl" hijau tuu..

time orang lain duk senak perut baca buku sempena SPM'12 yg bakal tiba tuu, dia balik ke asrama bwk sepaket sederhana besar HONEYSTAR produk keluaran tesco.
heh, sapa tak goyang tgk honeystar??
kami makan honeystar guna sudu cek oii!
kenai dak tin biskut yg bentuk 4 segi tuu, yg besar sikit tuu,
haa yg tulah, kami guna buat simpan honeystar.
nak simpan dlm tupperware biasa, surelah tak celus sepasai, tak kedap udara pun sepasai.
habis satu paket honeystar, jannah beli lagi sepaket.
heh paket pun tak mainlah yg sepaket 2kupang tuu, 
jannah beli yg yg besar terus, opss lupa yg berapa gram.
ahh tapi banyaklah.
honeystar tulah yg kami duk ulang makan tiapkali lapar.
(budak asrama mmg doplohpat jam kelaparan - saikologi)
kdg kdg, chipsmore pon kami hentam jgk boh sekali dlm tin tuu.
hasilnya, daripada chipsmore tu mcm rasa mcm dah masuk hangin, terus jadi crunchy, mcm the honeystar tu jgklah.
hee, pandai dak kami? pandai dak?

kami jgk ada istilah "nyicah". 
tahu apa itu "nyicah" hahaha bkn cicah garam belacan yaaa
tapi
biskut cicah ayaq teh.
minum petang kami yg ala ala high tea gituu.
jannah selaku tukang bancuh tea merangkap pembekal teh ngn gula, 
aku ngn aida selaku pembekal biskut,
sue ngn raqby lak selaku penaja mug dan sudu,
aktiviti minum petang kami yg 'sesangat' mewah dah tuu.
habis makan, semua pakat sendawa sama kuat ja bunyi seolah olah kami dah makan domino's pizza.
tiap petang, kami mesti ada sesi "nyicah".
sesi nyicah ni menguatkan bonding antara kami.
sambil duk update cerita pasai sekolah ngn asrama kuikui.
agak dah lama tak buat, mgkin sbb balik cuti, atau memasing pakat sibuk, atau watercooler jahanam,
nnt ada lah yg peringat, 
"weh, bila kita nak nyicah. dah lama kita tak nyicah.."
masa tu, semua pakat check stok gula, teh, kopi, biskut, roti tu ada lagi ka dak..
kalau ada satgi boleh terus pi bancuh!

time bulan posa pun best.
hari sabtu, kami semua dah bwk balik juadah bukak posa sampai berlunggok lunggok.
kami sanggup takpi bukak posa kat dm.
bkn apa, satgi dah melantak mcm mcm kat dm, pastu balik dorm, 
dah kenyang eh bkn kenyang tapi dah sengkak yg amat sgt sampai dah takmampu nak makan juadah yg kami bwk dari rumah.
kan membazir tuu?
so ada sekali tuu sampai satu dorm boikot dm, takpi bukak posa kat dm.
kami ramai ramai makan kat dorm.
#BestMemoriesInHostel u know?!

jannah penah buat kek coklat.
kek beliau jadi rebutan kami semua aww aww.
kek tu kek birthday dia sendiri tapi aku yg makan melebih hahahah.
over gituu..
jannah jgk penah buat kelas memasak.
alah, buat 'koktel' jeli ja pun.
time outing, kami kumpul dana nak beli jeli, susu cair, nata de coco..
pastu pi mengemis kat kakak kakak dm nak ais.
depa bagi satu jug PENUH!
hah, perli jgn tak perli..
malam tu, bermulalah rancangan masakan "Mak Jemah Cooking Show" yg bersiaran secara lgsg dari dorm kami. 
siap ada tetamu jemputan lagi tau? hahahah
tetamu dari dorm lain. jgn main main.  
tukang masaknya sorg saja tapi pembantu yg terlebih ramai kahkahkah.
walaubagaimanapun, koktel tu menjadi dan sedap lah jgk hikhik.
"VOTE FOR MAK JEMAH!!"

anyway thanks Jannah sbb sudi ajarkan aku memohon SPA haritu. 
(ehem sila kecilkan bontot anda)
thanks sbb jamu aku makan mcm mcm, 
cheesecake bandung mari, kekacang, kolagen strawberi, asam, air oren, coklat 2fingers,
(hah, semua nak habaq amboih!)
hee, lainkali aku pi lagi rumah hg.
insha Allah.
kita main game kaa, tgk movie ka hahahah (tuu, memandai ja aku!)

hmm, thats all for today. hahah terasa rajin pulak duk update berbagai kisah nih.
ah hampa baca sudah, takmau baca k chaw! hahahah
assalamua'laikum

2 April 2013

Saya OK, saya dah besar.

assalamua'laikum.

first of all, aku nak bagitau yg aku dah mula buat latihan memandu kelas B2 pada 31/3/13 yg lalu. 
aku book nak buat awal pagi, mula latihan pukoi 7.30 gituu (haa, boleh nampak tak tahap keterujaan aku nak belajar bwk moto disituu?)
masa baru sampai tuu ada sorg budak lelaki (yg awalnya kusangka melayu tp rupanya cina) pun sama buat latihan moto awal pagi mcm aku jgk.
aku tak boleh start moto no.3 aku tuu (dah nama pun tak reti bwk moto lgsg, bonceng moto retilah), last last aku mintak tolong jgk la pakwe cina tu.
terkezzut dengar cikgu moto tu jerkah dari jauh. cering bulu maa.
pastu cikgu tu mai kat aku, tolong start enjin moto tuu pastu suruh aku pi buat bahagian 3.
tulah, sapa suruh bagi moto yg payah nak start? (eh, ka aku yg tak reti nak start?)

sejam yg pertama, oh amat amatlah best. 
mcm tak sabar nak perhabiskan latihan moto ni, pastu nak belajar drive keta lak ! 
eh, yg tu aku lagi eksaitet nak buat tahu??
lepas habis buat bahagian 3, the cikgu-tidak-tahu-namanya itu suruh aku pi lalu titi pulak.
hah, itu masalah besar sesangat!
aku takut nak buat. takut sesangat (gedik to the max!)
takut jatuh, takut memacam lagi #IniSangatPoyo
bukan takat 2-3 kali tapi dah berkali kali cikgu tuu dok ulang/ajar/cakap benda yg sama tiapkali aku nak naik titi tuu "mesti ini, mesti itu, jgn itu, jgn ini"

bila dah makin panas kan, orang pun makin ramai dan aku semakin cuak ! 
tapi buat jugaklah kan takkan aku nak menangis kat situ lak, nampak sangat bodohnyer disituu.
aku terus cuba dan cuba dan cuba dan cuba dan cuba (ulang lagilagilagilagi)
bolehlah dapat lalu titi tu tanpa kejatuhan tayarnya dek silap pegang handle ka atau sbb lain yg aku taktau nak describe kat sini.
lepas naik/lalu titi tu 2-3 kali tanpa jatuh, aku tertengok jam..
"eh dah pukul 9.30 lah" 
tu kat jam aku tapi hakikatnya waktu sebenar ialah baru pukul 9.20.

jam tangan aku mmg cepat seploh minit dari waktu sebenar, mengapa?
kerana, itu jam itu telah disetkan ikut waktu masa aku duk asrama, DOLU. 
eh kita duk asrama kena sharp, kena cepat so nak elak aku daripada terlambat/buang masa/ralit/dll, maka kucepatkan waktu jam 10 minit.
kalau aku tak begitu menepati masa pun, sekurangnya aku ni taklah lambatnya sangat kann?
so sampai skrg, aku dah terbiasa dgn waktu tersebut.

kemudian dgn zemangat yg berkobar kobar nak balik, aku menghabiskan pusingan terakhir naik/lalu titi tuu.
tiba tiba !!
aku jatuh!
ya, A K U J A T U H !!!
aku jatuh moto.
eh ehh, bukan. begini kisahnya..
tayar moto jatuh titi, aku pulak jatuh dari motornya.
hah begitulah yg sebenarnyaaa.
mulanya moto tu jatuh ke kanan, ok aku bangun dan cuba angkat berdirikan moto tu..
kemudian, moto tu terjatuh ke kiri pulak. 
uish, nasib baik aku tak jatuh sama.
lepas berjaya mendirikan moto tuu, aku 'free'kan gear dan tolak ke tepi.
try start moto tu tapi tak berjaya.
kemudian cikgu tu mai kat aku dan tanya, 

cikgu: Ada luka kat mana mana dak??
aku: Takda cikgu (tapi #DalamHati kata "saya OK, saya dah besar")
cikgu: *start enjin moto, duk bertendang 3-4-5 kali jgklah* Hah, ok masuk gear 3 pastu pi simpan moto. dah nak habis pun waktu latihan kamu.

lepas pi simpan helmet, mereka mereka (budak lelaki) usya pelik ja kat aku. 
"eh takpenah tgk org jatuh moto kaa?!"
rasa mcm nak kata mcmtu kat depa tapi nnt cikgu tu ingat aku ni apa pulak so aku pun buat muka kering (walaupun hakikatnya pipi aku tak 'kering' mana pun)
pastu aku pi duk kena kipas sambil tunggu turn.
buat muka takda perasaan sambil senyum ja kat cikgu tuu (dah cikgu tu pun duk gelak tgk muka aku!)
sambil cikgu duk lesen L aku sambil dia sengih senyum gelak lah apa semua ada.
pastu dia tanya, "SPM haritu dpt berapa A?,"
hah, jatuhlah rahang aku tapi sempat lagi duk maintain control comey jawab, "dapat sikit jaa cikgu,"
pastu baru aku perasan bebudak lelaki tadi pun duk tgk kat aku.
eh nak tau jgkla result aku dpt berapa A kan? #syoksendiri
lastly, "?A ja cikguu,"
depa semua senyum. cikgu pun kata, "hmm OK lah tara tuu,"
(cikgu, kalau tak ok pun, itulah result saya. suka tak suka, kena kata ok jgkla,")
okfine. malunya berganda ganda.

lepas book tarikh apa semua dah selesai aku terus jalan pi kat pejabat depa.
abah ngn mama mesti dah tunggu aku.
lepas tu, legaaaaa ! satu 'bala' dah lepas. 
tarikh berikut nak buat latihan ialah 2/4/13 (hari ini) tapi harini takda apa nak dikisahkan.

lepas tu nak pi smj lak, jumpa kaunselor.
biasalah, budak mcm aku ni masih perlukan khidmat nasihat yg berbakul bakul lagi.

ok takat tu jalah kot nak cerita. lain kali pulak kot update lain?
okbai.
assalamua'laikum.