28 March 2013

pronounce-it-right


assalamua'laikum.
heh kalini nak story lah sikit pasai isu salah sebut yg selalu jadi kat adik aku. hihi bkn apa, sekadar nak share. kalau hampa ada adik adik yg umur bwh 13 tahun kan, ce cuber buat mcm yg aku buat kat adik aku ni. benda ni jadi spontan. contohnya dlm perbualan kita (manusia dewasa/remaja) yg mngkin jadi ikutan cik cik adik yg masih "kecilk" ni. kdg, kita sebut bunyi lain, tapi bila depa (cik adik) sebut, terus bunyinya jadi lain. padahal, perkataan yg sama ja :3 tak gitu kan? 
benda ni jadi kat adik aku, umurnya sudah 10 tahun. kalau lagi kecil, lagi best. boleh buat ngusik hahahah! *evilaugh* serius weh, syok oO! pakat gelak nonstop satu family. 
tu baru salah sebut, belum masuk part salah faham a.k.a salah dengar dan sebut. tu lagi best tapi lain kali lah aku story morry pasai tuu k.

yang disebutnya..
adik: eh, angah bawak balik bubur suara lah. adik nak sikit boleh?
yang sebetulnya..
adik: eh, angah bawak balik bubur syura’ lah. adik nak sikit boleh?

yang disebutnya..
adik: mama, nanti tolong belikan adik tudung suria, adik nak pakai pi sukan
yang sebetulnya..
adik: mama, nanti tolong belikan adik tudung syria, adik nak pakai pi sukan        

yang disebutnya..
adik: abah, adik nak minum susu kotor boleh tak?
yang sebetulnya..
adik: abah, adik nak minum susu kultur boleh tak?

yang disebutnya..
adik: mama, leka toba tu kat mana??
yang sebetulnya..
adik: mama, lake toba tu kat mana??

p/s; sepatutnya ada banyak lagi perkataan yg salah sebut ni tapi takkan lah aku nak tulis semuanya kann? bukak aib adik aku ja hahahah. hmm ok lah lain kali aku update lagi :3 okbai.

21 March 2013

kelegaan itu dirasai

assalamua'laikum,

hari ini, tarikh yg dinanti ditunggu oleh calon SPM'12 pun telah tiba (cewah ayat formal tak hengat!). ok kita kembali ke bahasa kampung yg standard.
hari ni aku pun pi jugak amek result SPM aku  tapi aku pi sekolah tumpang member baik Aziemah.
 tu kira dah ok sesangatlah tu boleh nompang orang nakpi amek result pon! 
ok! 
sbb apa aku tumpang orang? sebab, encik Abah kejer. puan Mama pulok, kena tunggu adik balik sekolah. 
aku membawa diri pi sekolah, amek result dan belek slip periksa tu sendirian
tu kira rasa hebatlah sbb boleh tahan sebak daripada ter-nangis hiba kat tepi dewan (tu kalau mak aku ada sekali sure aku dah menangis hebat)
tak peduli orang tengok ka orang kerling ka apa, tapi tadi aku tabah..
memula, aku kira berapa A, berapa B, berapa blablablabla. 
pastu pi berbincang dgn member(s) nak buat apa pulak sebelum pakat balik rumah satgi.
sehari sebelum pi amek result tu, aku dan kengkawan sekalian dah plan bukan main. nak jumpa, nak sembang, nak bincang, nak itu, nak ini. 
TAPI, mak aku kata, sebelum tau result, dlm hati ni mmg tak sabar nak jumpa kawan kawan sambil plan gitu gini gitu gini tapi lepas pakat pakat dah tau result semuanya ter-emosi. 
ada yg sedih/taksyok/kuciwa, mesti nak balik rumah cepat cepat. balik sambung nangis kat rumah, maybe.
ada yg terlebih syok, mesti nak balik rumah, celebrate ngn family (atau pi beli hadiah - keta/hp/dll)
tapi tu takpa lah dah mai ngn family. boleh chaw sesuka hati bebila masa..
tapi, aku ni dah la mai dgn orang, nak balik pun kena dgn geng kourum jgkla kann..

dulu UPSR, mama ngn abah mai sekolah tunggu.
masa PMR, pun sama. depa teman aku mai amek walaupun terpaksa balik cepat sbb abah nak pi keja.
tapi kali ni, aku dapat result tanpa depa disisi (ni dah habis buat terok dah ni) 
so, ini kali pertama aku mai amek result, sendirian (tanpa family) tapi, tak kisahlah sbb banyak lagi kengkawan aku yg mai amek result tanpa ditemani mak bapak memasing..
oh kita dah besar, boleh pepandai bawak diri kan??

dan, dengan ini selesai sudah segala mesalah(s) yg aku duk pikiaq dari hujung tahun lepas sampai semalam. 
result dah dapat..
ada certain subjek tu aku reda ja nak dapat apa jenis huruf pun (tapi takmau lah ada FAILED!)
dan, Alhamdulillah..
aku syok dan sesangatlah bersyukur dgn apa yg aku dah berjaya dapat hari ni
hp pun dah berjaya dituntut dgn mudahnya,
masalah upu aku pon dah settle,
aku pun boleh tersengih mcm biasa..
skrg nak pilih/bincang/pikiaq/pi ke mana mana ipt yg nak (tu pun kalau ditawarkan)
insyaAllah, kita doa yg terbaik.
ahad ni kita jumpa lagi (jumpa kat sekolah, bkn kat sini)

ok thats all for today. angin aku baik nak merapu hari ni. to senior STPM, congrats! result uolls the best jgk..

p/s : sebarang soalan DILARANG diajukan disini. TQ