18 February 2013

How to choose and decide it?

assalamua'laikum.

ok mula mula baca tajuk di atas sambil angkat kening. pada semalam dan kelmarin waktu malaysia dari jam 9pagi hingga 6petang, bertempat di perkarangan stadium alorstar, kedah berlangsungnya karnival jom masuk u. aku turut tak melepaskan peluang yang ada *walaupun encik abah bekerja, syif tengahari!* untuk mengunjungi karnival tu. 

16hb, tumpang nak hantar angah balik asrama kenn, aku pun ngikot ler sekali dengan harapan abah singgah sattttttttt ja pi karnival tu dan aku pi awai oh jangan main main tauu? aku sampai kat stadium pukoi 9 macamtu kot. kat luar macam orang takmai lagi so macam takut takut nak masuk ja. so mama pi lah tanya kat anggota rela terpaksa yang ada kat pintu masuk tuu

"ehem, pakcik, dah boleh masuk taklagi?,"
"ya ya, dah boleh masuk, sila sila,"

masuk ja terus dapat ini !

macambiasa, kat pintu masuk kita akan dapat beg ala ala tote bag yang saiz besarrrr kan? sebab apa, sebab nanti masuk dalam nak kutip pen, buku, pensel, pamplet U sekalian U dan lainlain. dan ya, aku pi kali ni dapat macam jenis pen, beg dan pamplet. 
bila kita mai karnival ni, maka bolehlah kita mendapatkan khidmat nasihat untuk pilih U mana kos mana pakej apa yang sesuai kan dengan kita dan, kita kena pandai bertanya. ITULAH MASALAH AKU YANG TAKPANDAI BERTANYA. bila pi mana mana booth dah tau lah depa mesti akan tanya pasai result trial dan baru boleh depa nak mentawarkan kita masuk U depa, AKU?! aku takda apa yang boleh diceritakan kalau ditanya pasai result trial. dari semua jenis hurup vitamin aku ada ok?

bila pi menjengah ke booth IPTA, depa duduk saja dan kita KENA pi bertanya. taktanya takdapat pen, takdapat buku tapi dapat pamplet sahaja. bila pi bertanya, neahhhh sekali buat asasi pastu boleh buat degree pastu boleh keja pastu sambung master pompangpompang terang macam aku ni nak buat semua tuu kennn? oh nehi nehi.

kemudian, moh la kita pi pulak ke booth IPTS. oh jalan sikit orang hulur kertas/pamplet dan tanya *cakap pun ala ala macam nak ngorat gitewww*,

"adik lepasan SPM?," *ya*
"aliran apa, sains atau sastera?," *sains*
"ya mai masuk booth kami, kami ada kos untuk budak sains macam adik,"

saat itu bermula lah babak promote mem-promote antara aku dan dia/depa. dah tu belom campor lagi tang isi meng-isi beborang nak masuk U atau kolej depa *lepasni mesti hari hari posto mai umah hantar 'surat tawaran' dan aku pun mulalah dok syok sendiri* tetttttttttt! 
masa tu semuanya indah indah dan manis belaka. pi daftar, orientasi dan pi belajar saja jangan pikir sangat pasai duit. semuanya bisa diuruskan. *ehem ya lah tu, kalau aku failed, bapak aku dikapaknya lagi!* pendaftaran sekiansekian, jumlah sekiansekian, pakej sekiansekian, asrama dan pengangkutan disediakan, kos sekiansekian sesuai untuk budak sains.

ya lah tu.

lihat, disitu kita boleh nampak perbezaan antara kerajaan dan swasta. Kalau kerja kerajaan, mereka didatangi. kerja swasta, mereka mendatangi. kalau nak masuk IPTA, kena *tunjuk kepala*. nak masuk IPTS, kena ada *gosok ibu jari dan telunjuk*. see..

aku pi karnival tu pagi sabtu dan petang ahad, so aku ni macam pi kutip barang di awal pembukaan karnival dan pi perhabiskan barang waktu penutupan. boleh macam itu?? oh, dapat pen, buku nota kecik, beg beg woven tuu hihihi. semuanya boleh menjadi koleksi terhangat di pasaran yang takda jual kat mana mana tauuu. campur dengan pen pen dan beg dapat masa pi karnival tahun lepasssss, wah wah wah banyaknya taktau nak simpan kat manaaa. *haa, boleh dah kot nak close tab kalau rasa annoying* 

hasil aku pi menawaf khemah-pasang-siap karnival jom masuk u itu hari kan, aku dapat lah pilih beberapa yang tak beberapa sebab sebenarnya semua, kos kos berkaitan nursing, m.a, m.d, blablabla lagi yang seswai untuk budak sainstulen tapi mereka SEMUA IPTS! mampu kerr aku pi IPTS? dan lagi satu, BOLEH KER aku masuk IPTA? 
Ya, aku pasti BOLEH !
F I K I R K A N B O L E H ! !

Ya Allah, 
Bantulah aku dalam membuat pilihan,
Kuserahkan semuanya kepadaMu,
Permudahkan segala urusanku Ya Allah,
Berikanlah aku hidayahMu,
Tunjukilah aku jalan yang lurus, 
Murahkan rezekiku,
Amin Ya robbal A'laminnn..