20 January 2013

Phartophobia?


Apa itu parthobia? Ok ok meh sini nak ceta sikit. sikit sajer hihihi.

Sepasang kekasih sedang minum bersama. Seketika kemudian, teman wanita bangun hendak ke bilik air. Semasa berjalan beberapa tapak, terdengar kentut. Tidak kuat. Halus sahaja. Tentu lah teman lelakinya perasan, walaupun bunyinya halus. Tetapi dia terus buat buat taktahu dan pura pura membelek telefon bimbit. Teman wanita pula dengan bersahaja berkata, “ooppsss, maaf. Terkentut pulak !” Si teman lelaki masih lagi diam, tidak mahu menyambung apa apa. semasa mereka di dalam kereta, topic “kentut” itu dibangkitkan semula. Teman wanita mempertahankan tindakannya.

‘ Kentut ialah satu perlakuan normal manusia selain proses mengenali lebih dekat pasangan masing masing ‘

Sementara si teman lelaki menafikan hujah tersebut, dia merujuk perlakuan kentut di khalayak adalah tidak sopan. Si teman lelaki berpegang kepada prinsip ‘gentleman’ dia bertegas,

‘ kentut seeloknya dilakukan di ruang khas yang jauh daripada khalayak seperti di tandas ‘

Dalam konteks ini, apakah si teman lelaki tergolong dalam golongan phartophobia? Phartophobia bermaksud ‘kebimbangan kentut di khalayak’. Ok ada lagi satu, Coprophobia. Iaitu takut pada perkara yang berkaitan dengan tahik. tapi sekarang bukan nak cerita pasal itu. ok dah abaikan.

Melepaskan :

Dalam kes di atas, teman wanita tersebut telah dengan tidak sengaja telah terkentut. Mungkin itu niatnya semasa bangun menuju ke bilik air. Tetapi tanpa dapat dikawal, lalu terkentut. Dalam konteks ini, tidak sengaja adalah fakta kes. Kalau sengaja, itu maksudnya ‘tidak sopan’ dan disertai dengan ‘bau gas yang 
mual’ *euw!*

Ok biasalah, kentut kan perbuatan di luar kawalan? Lainlah kalau ada orang yang suka tahan kentut. Ok jum sambung baca lagi ngeh ngeh ngeh !

Menurut seorang pengamal perubatan, berkentut dalam kadar yang kerap adalah bagus untuk kesihatan. Ada sesetengah yang beranggapan kita boleh sihat dengan makan makanan berkhasiat. Tapi sebenarnya, kesihatan kita ditentukan dengan sejauh mana keberkesanan makanan itu dihadam. Contohnya, kita boleh makan makanan yang bebas bahan sampingan tapi jika saluran penghadaman kita tidak bekerja dengan berkesan untuk menyerap khasiatnya, ia juga tidak bagus untuk kesihatan.

oh apa kaitannya dengan kentut??

Jumlah kekerapan kentut adalah petunjuk terbaik sejauh mana bagus atau tidak proses penghadaman makan anda.

Pereputan :

Kentut adalah sebahagiannya disebabkan pereputan makanan yang tidak dihadam sepenuhnya dalam saluran penghadaman. Kentut sangat berguna, iaitu melepaskan gas yang tidak diperlukan dalam badan. *TAKE-NOTE-PLEASE!!* Maka, jika anda rasa hendak melepaskan angin, sila lakukannya. Ingat, lagi kerap anda kentut, ia bermakna anda banyak pembentukan toksin itu dalam badan dan sebahagian toksin itu memasuki saluran darah dan boleh menyumbang kepada pembentukan penyakit berjangka panjang.

Ada juga pendapat perlakuan kentut kerap dilakukan orang mengikut usia. Kerana proses pemakanan yang berlaku lama, semakin lanjut usia seseorang maka semakin banyak badannya mengumpul gas-gas toksin. begitu banyaknya gas, makin sukar pada mereka yang lanjut usia mengawal pengaliran keluar gas-gas berkenaan bersama bunyi dan bau.


Post kali ini cuma nak berkongsi maklumat yang diambil dari suratkhabar mingguan Malaysia. Me just read-and-writedown the information. Mungkin ada yang taktahu lagi kisah kisah kentut ni. kentut depan orang ramai, kentut kuat kuat, kentut bau busuk gila, kentut dalam lif yang sesak lah. memang orang akan kata tak sopan tapi kena paham lah kalau kita pun duk dalam situasi yang sama, ter-kentut tanpa dapat di-tahan tahan lagi akhirnya terlepasssss jugak lah kan? macam lagu hangit Hot.fm tu, aku terkentut. Cer cuber nyanyi sikit hahaha.

enjoy !!


ok ok lawak kan. hihihi

hmm setakat itu sajalah post untuk harini. lainkali update lagi. btw, thanks to read this. babai !

assalamua'laikum awak !!

6 January 2013

Random update.

Aria, seorang anak perempuan sulung dalam keluarga. Dia telah dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapanya untuk menguruskan hal di rumah seperti menjaga adik, membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Pada suatu hari ketika di dalam kelas, dia berbual dengan rakan sekelasnya. Dia mengadu letih kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat.

Aria : tiap tiap hari aku kena buat kerja di rumah, mengemas, memasak, basuh baju sampai takda masa nak rehat.
Rakan : mak ayah kau takbagi upah kat kau ke?
Aria : aku takpernah mintak pulak..
Rakan : aku kat rumah setiap kali nak buat apa apa kerja mesti kena ada upah. Aku buat satu senarai bagi kat mak aku. kemas rumah RM5, basuh baju RM5, masak RM5, jaga adik RM5, pergi kedai RM5. Sekarang kalau mak aku nak suruh aku buat apa apa, semua kena ada upah.
Aria : *terdiam*
Rakan : kau pun cubalah buat. Sekurang kurangnya bila kau buat kerja berbaloi, dapat duit jugak.

Selepas pulang dari sekolah, Aria bergegas naik ke biliknya dan mula menulis satu senarai pendek untuk diberikan kepada ibu bapanya.

Kemas rumah RM5
Basuh baju RM5
Masak RM5
Jaga adik RM5
Siram pokok RM5
Basuh kereta RM5
Pergi kedai RM5

Kemudian dia ke bilik ibu bapanya dan menghulurkan senarai tersebut. Ibu aria hanya menyambut kertas tersebut dan masuk semula ke dalam biliknya. Malam itu, ibunya datang ke bilik aria dan memberikannya sehelai kertas.

Mengandungkan kamu PERCUMA
Sakit melahirkan kamu PERCUMA
Berjaga malam menemani kamu tidur PERCUMA
Merawat kamu PERCUMA
Mengajar kamu bercakap PERCUMA
Mengajar kamu berjalan PERCUMA
Menyayangi kamu sepenuh hati PERCUMA

Selepas selesai membaca senarai tersebut, aria berlari ke bilik ibu bapanya dan terus memeluk mereka berdua. Dia baru sedar betapa bernilainya pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya.
Pertolongan kita yang sikit ni tak setanding dengan pertolongan mereka pada kita masa kecil dulu.

P/S : nah, amek tisu lap airmata tuu )’: