31 December 2012

ASRAMA 2008-2012

assalamua'alaikum semua (:
pagi ni aku dilanda mood kerinduan terhadap asrama smj. walaupun mggu2 terakhir aku dilanda BALA tp asrama tu dah simpan banyak kenangan aku kat situ. aku belajaq kenai kawan, kenai dunia, belajaq dari kesilapan diri, dan dari asrama ni jugak lah aku jumpa Jun. kdg2 aku lupa yg aku ni 'setia' jugak lah kat asrama. tiap2 hujung tahun pi mohon nak dok asrama lagi tahun depannya. buat kes ka takbuat kes ka, aku dgn muka takmalunya tetap 'setia' mohon nak dok asrama jugak. aku ni bukan stok budak baik. tiap2 tahun nak dok asrama mesti ada sangkot apa2 masalah atas masalah disiplin aku terdahulu *cewahhhh* Aku tahu dan aku sedar, aku ada abah yg keja ikut syif eh, apa itu keja syif? abah aku keja syif masuk awai pagi balik tengahari, masuk tengahari balik lewat petang, masuk petang balik tengah malam. so macam mana beliau nak hantar aku ulang2 pi sekolah. tapi, aku tetap buat masalah kat asrama. contohnya, takpi sembahyang jemaah kat surau, takpi prep, malam2 tidoq lewat *sesi petang*, dok tapau nasik kat DM, dan banyak lagi lah. cuma masalah disiplin aku ni masuk kes2 terpencil ja dan satu ja aku takpenah buat, FLY. aku ada fly sekali ja time exam SPM minggu last nak dok asrama tahun lepas. tu pun aku keluar ngn mierah aku bagitau kat mama. eii takberani nak rahsia ngn mama, jadi apa kat aku time fly tu takkah naya? mati katak akuu..

ok meh meh nak mula ceta dari tahun ke tahun aku mula dok asrama sampai cukup 5tahun aku bergelar penghuni asrama.

2008 :
tahun ni mula belajar dok asrama. aku dok blok B dorm B1.1. dapat katil sendiri loker sendiri. pi orientasi yg tough gila. kak2 ngn abg2 cengey nak mampuih. sapa yg teriak2 nak balik rumah lagi depa tortured bagi teriak lagi sakan. mula nak cari identiti diri. nak belajar kawan ramai2. masa ni aku mula kenai waana, syud, mierah, aida, cheyah, awin, yasmin, jiha, enur, farhah, fatin edison, chu'a, hajar, dan ada lagi yg aku tak ingat dah. masa ni ada beberapa peristiwa tak menarik berlaku kat aku. masalah nak 'ngam' ngn kakak2 form2, sikit2 macam nak gaduh ja. tapi ini tahun pertama. banyak lagi yg aku nak kena belajar. sabar. itu saja lah yg aku mampu buat. tahun ni jugak aku belajar semua dari awai. basuh baju, iron baju, kemas loker, bila ada barang hilang kena pi cari sendiri, bangun sendiri pi sahur. hujung tahun baru kami satu dorm dah boleh rapat dan time nak cuti sekolah pakat sedih sebab takboleh nak duk lepak sama2 dah.

2009 :
ni tahun peningkatan, tahun ni dah rasa senior sikit. ehem, dah ada adik2 so masa ni mula lah dok buat kemaih depan budak form 1, cari adik angkat. dok usha2 abg aspura lah sampai sangkot sorang tapi sangkot sat ja lah sebab dia tu pun dah ada makwe. tahun ni aku duk dorm B2.3 @ Semarak. tahun ni jugak aku dah jumpa kawan2 baik merangkap geng, depa ialah anis, cheyah, hajar, waana, suraya, chenad ngn fatin. kalau kami gaduh2 sikit tu biasalah, baru nak cari keserasian antara kami. tahun ni jugak bulan posa paling best, aku ngn geng aku taktidoq malam. tiap2 malam kami jadi burung hantu, duk main, makan, menyembang, usha2 org. siang kami tidoq, pastu petang pi sekolah macam biasa. masa ni istilah takut hantu tu takda sebab masa ni bulan posa, semua hantu kena tambat HAHAHA. kami semua usaha pi sahoq paling awai sampai kami penah pi paling awai pukoi 3.30 pagi sebab aku silap tengok jam. haish. tukang masak DM pun takdan nak masak lagi wey ! depa gelak sampai guling2 kat kami. last2 pukoi2 4.30 pagi kami semua pi makan terus lah, tak kuasa nak tunggu lelama lagi, lapaq gila kot ?! memang bulan posa tahun form2 ni best gile lah weyy. serius wa cakap sama lu. kena marah ngn kak PA depan kawan lain sebab kantoi dgn keja gelap kami. kena pulau sat masa tu tapi semua tu takjadi masalah sebab kami stay together-gether. hujung tahun semua geng aku pi rombongan sekolah pi genting highland, aku sorang ja yg takpi sebab abah ngn mama takbagi pi. 3hari aku duk kawan ngn ummu ja, naseb ummu ada. ummu yg jugak salah sorang roomate aku masa form2 ni mmg baik, aku syg dia. lepas geng aku balik rombongan macam2 depa beli kat aku, thanks hampa semua. syg hampa semua sampai bila2. sebelum balik rumah cuti sekolah, kami ada buat 'akujanji' 
" Tahun depan kita PMR, kita kena buat elok2. kita still kawan.. semua kena duk asrama"

2010 :
nak masuk asrama tahun ni nama aku ngn cheyah kena KIV <keep-in-view> pasai kes dorm kami semak tahun lepas tapi kami still masuk asrama awai tahun macam org lain dapat duk dorm C1.5 @ Heliconia. aku, cheyah, suraya, fatin ngn aliaa, kami duk satu dorm. ada yg lain sekali mcm jannah, dikyan, kila, mierah, ain, chu'a, sue ngn eiqah. cuma hajar, anis ngn ummu dok lain. enur pun dah join geng kami tapi dia duk dorm lain jugak.satu aras blok C ni semua budak form3 duk. dari C1.1 sampai C1.5 dan tahun ni kami semua boleh sekepala. pagi2 pi sekolah lewat, ramai2 kami budak form3. petang2 takpi rolecall tokmid, ramai2 kami budak form3 jugak. sampai kakak form4 taklarat nak mai panggey kami pi surau. kakak form5? depa kena duk blok D huahuahua. nun jauh di tengah sana nuuu. aspura pulak duk blok A. malam2 prep hingaq2 kat DM, ramai2 kami budak form3 lagi. tapi kami semua steady ja. time gotong royong basuh tirai dorm, kami satu dorm C1.5 bersatu padu walau pun taksemua yg amek bahagian buat keja tapi kami tetap happy. tahun ni jugak aku kenai Jun dan tahun ni jugak jadi agak seyy bila dia kena rampas hp pastu abeh suraya ngn fatin pun kena rampas hp. jadi konflik sikit kat sini. aku amek masa nak baik balik ngn geng aku. naseb ada cheyah, dia banyak bagi nasihat kat aku supaya kuat dan sentiasa ingat apa salah aku kat geng. bila nak dekat2 PMR, aku cuba baik balik ngn geng dan buat macam biasa. kami sama2 pulon study sebab PMR nak dekat dah. kami pi berjuang sama2 tapi main tetap main pun main sama2. abeh PMR kami buat asrama macam hotel, keluar masuk sesuka hati. fly pun sesuka hati. pi sekolah asyik main ja. lepas tu 2nov2010 jitra, kedah dilanda banjir ! ya, smj pun kena banjir jugak lah ! malam sebelum tu masa air duk naik, kami pi sekolah pi main air. sampai kat depan, kolam ikan dah nak melimpah beb ! naik dorm pi tukaq baju, mandi, makan apa tengok satu aras bawah blok B dah hapuih ! ya, watercooler pun tnggai muncung dia ja. barang mandi budak2 semua terapung ikut arus air ja. kami ingat nak stay ja jat asrama sampai bah surut, tapi bapak2 polisi suruh keluar bhai ! nak taknak kami kena pi mahawangsa la. aku dan geng mula buat akai gila nak redah air bah. serius best weh !! air paras dada kami, even kami semua takpandai berenang kecuali hajar, tp tetap happy duk redah air. sampai kat jalan besar, pi amek nasik milah bawak mai, kami naik trak pi mahawangsa. aku pinjam hp cheyah called abah suruh mai amek. naseb abah ada mai tengok bah kat jitra awai pagi tadi dan dia baru ja nak balik rumah. singgah mai aku kat jitra dan balik rumah. fuhh lega dah sampai rumah.
hujung tahun, masa mai amek result PMR kami pakat jumpa balik kawan2, tukar2 cerita banjir sama2, dan mula pikiaq pasai nak amek aliran apa pulak tahun depan ni.

2011 :
kes Jun kena rampas hp tahun lepas telah babitkan aku sama. naseb kes hp suraya tak disebut. so dia takda masalah nak masuk asrama. aku ja yg ter-sangkot2 nak masuk asrama. aku masuk lewat seminggu. tahun aku duk dorm C2.4 @ Orkid, duk campur2 form. serius rasa kekok. duk ngn kakak form5, kak leya, kak penan ngn kak jo. first time satu dorm ngn aina ngn aziemah. dulu form2 penah dah satu dorm ngn meera tapi aku takrapat sangat ngn dia. dia ada geng sendiri. pastu ada 2 budak form3, ijat ngn patiah. dapat ahli baru macam depa sangat best. aku ada kakak, ada adik dan kawan2. tahun ni jugak aku mula rapat ngn aziemah. masa aku demam, dia takbanyak tolong aku, geng aku pun kurang tolong aku *depa dok blok lain* masa aku ada masalah ngn geng aku, dia selalu ada. aku ni jahat, selalu salahguna kebaikan kawan tapi dia sedia nak ubah aku. duk ngn dia, aku boleh jadi diri aku. dia selalu ada ngn aku masa aku sedih atau gembira. masa dia demam, aku tolong jaga dia. aku tolong dia, ikhlas dan aku takharap balasan apa2 pun. dan dia selalu nampak keikhlasan aku. aku tahu, keikhlasan aku tolong orang jugak sebab aku selalu dipergunakan kawan2 yg lain. aku bersyukur jumpa dia. dengan dia, aku boleh pakat nak pi sahur tiap2 pagi. dengan dia, aku boleh harap dia utk kejut aku bangun sahur if nak posa ganti ka apa. kami selalu pi sekolah lewat sama2, study sama, outing pun sama2. hujung tahun, kami janji nak kawan lagi. berharap supaya kami dapat sekelas atau sedorm. hujung tahun jugak, dia yg tolong aku check result PAT aku. dia saja yg tau betapa teroknya result PAT aku.

2012 : 
tahun ni, tahun SPM. aku ingat aku dapat dok blok A tapi aku dapat dok Blok B. duk ngn adik2 wey. mana cool pun kan. aku duk dorm lama masa form2 dulu, B2.3 @ Semarak. tahun ni aku mula rapat ngn jannah. selain jannah, ada aida ngn sue. lepas 2mggu, nazierah ngn syiqin <newcomer> pulak masuk dorm kami. tahun ni kami share dorm ngn form4. ada thaqifah, lissa, rehan, wana, hanis ngn raqby. pastu tengah tahun masuk pulak 2 kak pra-u, kak hajar ngn kak didi. antara depa semua, aku paling rapat ngn raqby, jannah ngn cheah. tapi cheah duk dorm lain. cheah budak kelas aku so tiap2 hari kami pi kelas lewat sama2. ngn aziemah, kami cuma mcm belangkas kat kelas ja. tahun ni aziemah satu dorm ngn aina lagi. dalam masa 2bulan, kami semua ahli kamar Semarak dah boleh ngam. sound ka perli2 ka ikut dan mulut masing2. tahun ni aku tengok budak form4 yg struggle study berbanding kami form5 yg nak SPM. aku ngaku lah kadang2 ada jugak kami duk pendam apa2 if ada yg takpuas hati ka apa sama2 kami. tahun ni aku dah pandai akaun. aku duk ajar la lissa ngn hanis akaun. walaupun aku takpandai sangat dan cakap laju2, tapi naseb depa paham aku. lissa ada jugak duk ajar aku addmath. bulan posa kami selalu gak takpi makan kat DM tapi bukak bekal kami makan kat dorm time bukak posa. makan besar ramai2 wohh ! cuti2 kami layan movie sama2, kemas dorm sama2, pi makan sama2, dah mula bergosip sama2. pastu hujung tahun, aku bawak hp sempena SPM tapi kena rampas pulak. seyy gila. nak baca buku pun nenonenoneno ja otak ni. start cuti sekolah, aku pindah pi blok A. jannah balik duk rumah so aku ja yg pindah dorm. pi blok A, aku dok dorm Chengal satu dorm ngn dikyan, kila, mierah. ada aina, aziemah, ainafifa, fitrah ngn atinsya jugak. duk kat dorm tu lebih kurang 6hari jugak sampai SPM abeh. aku, aziemah, kila ngn dikyan abeh SPM hari rabu sebab kami ada paper akaun, petang rabu tu terus balik rumah. ending aku abeh SPM takmacam orang lain. ada yg conteng2 baju, baling2 tepung, jerit, makan ka apa ka. tapi aku takbuat semua tu. lepas peluk cium salam kawan2, aku terus balik rumah. yang aku tau, sedih kena rampa hp masa tu tak abeh lagi. 

so, sampai setakat tu sajalah kisah dan kenangan suka duka aku sepanjang duk asrama tapi aku takmampu nak cerita panjang2 dengan lebih detail lagi. seolah olah aku nak bukak pekung kat dada aku pulak dengan apa yg penah jadi kat aku dulu. 
DATANG DGN HARAPAN, PULANG DGN KEJAYAAN. 
kat pintu blok A ada tulis benda ni. sampai sekarang aku takboleh nak faham maksud tersirat dia. sekarang, asrama smj tggai kenangan saja lah pada aku. *sedih ka taksedih ka hp aku tetap dah kena rampas, tunggu masa nak tuntut balik ja*

THEEND