2 August 2012

PLKN : anda dapat atau tidak ?


Assalamua'laikum semua, 

Hmm, ceta baru2 ni tapi takda lah baru sangat sebab ni ceta pasai minggu lepas jugak lah. minggu yg semua orang yg umo 17tahun sibuk dok check kat intenet-tenet dapat ka tidak ka untuk pi kem PLKN. oh PLKN ! aku dari awai lagi takmau pi dann Alhamdulillah aku tak terpilih, wehuu ~ 


Khabar pasai PLKN semua ni aku tau pun dari Jannah *hee, sapa lagi kalau bukan skandal aku yg sorang tuu petang tuu masa aku tengah bersiap nak balik bukak posa kat kampung, ehemm nak pi shopping baju raya :) tetiba Jannah called, mula2 tu aku tak cam suara dia. almaklum lah, beliau demam so suara pun jadi sengau2 basah sikit lah kann. benda first yg dia sebut pasai benda ni lah..

Jannah : hang check PLKN dak gi?.. dapat pi dak?..
Aku : dak. tak check pun. taktau pun. boleh check dah ka?..
Jannah : haa. mai nombor IC hang. aku tengah online nih.
Aku : haa haaa, 017*******.
- lepas seminit -
Jannah : hang pun tak dapat gak.
Aku : oh cepatnya tau. aku ingat dia nak proses tu lamaa. 
Jannah : dah hang tak dapat, cepat lah dia proses, HAHA.

Menurut ceta J petang tu, dia, eiqah, aku, aida, sue tak dapat pi PLKN. tapi cheah, dekyan, mierah, kyla dapat. hewheww. geng aku pun cuma 3worang saja yg dapat - aniss, che nad, fathin. aku bukan apa, aku dah memang dah takmau pi walaupun banyak orang kata best pi PLKN. dapat elaun lah, dapat itulah, inilah. tapi sepatutnya kita mengharapkan "benda" yg tak nampak tuu *tak padan dgn tak dapat PLKN dok buat cakap kemaih bulehh, choehh 

Tapi kan kan kan, bila tengok ramai yg dapat p PLKN macam aina (roomate 2011), alien, dan ramai lagi yg dapat, aku pun ada sikit2 rasa macam nak jugak pi PLKN ni, tapi sikit aja lah. tak banyak pun. aku ni penakot banyak, tak seswai nak pi kem ganas2 macam PLKN tuu. *hmm, sebab tu asyik mandom jaa palotak nihh In case kalau aku dapat pun, mesti YB rumah aku (mama + abah) kerah aku supaya pi jugakk. mana boleh dok buat takmau pi, satgi tak pasai2 kena halau dok luaq. so kepada anda yg TERPILIH untuk ke PLKN tuu "Tahniah" ikhlas dari hati. takda niat pun nak perli ka apa, cuma anda sangat2 beruntung sebab dapat pi dan pada masa yg sama anda dapat membina jati diri yg teguh. budak kelas aku pun katanya ramai yg dapat PLKN especially bebudak laki. hee, balik dari PLKN ni mesti pakat2 jadi taff kott noh. kena kerah buat itu ini.

Kepada kengkawan yg belum check lagi atau nak check dua-tiga-empat kali sebab nak bagi sah dapat ka tidak ka pi PLKN tu boleh jengoi kat laman ni : PLKN Ya, sila tekan sila tekan. jangan malu jangan segan. tak kena duit pun. kot nak tolong check kat pakwe ka, skandal ka, abg angkat ka pun boleh. cuma syarat kena rakyat Malaysia lah, kalau rakyat Korea ka Thai ka, tak boleh lahh..

apa pun, all the best kat semua yg dapat pi PLKN. aku doakan yg terbaik, aminn.