26 July 2012

Puasa oh puasa

Assalamua'laikum semua, harini 27hb bersamaan dengan hari ke7 umat Islam di Malaysia berpuasa. aku pun sama, Alhamdulillah aku boleh berpuasa dengan jayanya tanpa dok keluh kesah kira berapa jam lagi waktu nak bukak puasa macam adik2 aku. hee. tapikan, kali ni aku nak ceta pasai minggu pertama aku kat asrama untuk tahun terakhir aku nih. ada part yg sedih, ada yg lawak dsb. okeyy, nak mula ceta dah ni..ehem ehem :)


Semua bebudak asrama dibenarkan balik pagi ahad untuk minggu 1st puasa sebab cikgu nak bagi chance bukak puasa kat rumah banyak kali sikit. btw, pagi tu aku sampai kat asrama dalam pukoi 6.45am cemtu2 lah. tak la awai sangat tapi terkejut lah jugak sebab aku sampai paling awai. ingatkan Thaqifah ka, Alissa ka, Nazierah ka sapa2 ka yg sampai awai lagi dari aku. dalam 10 minit lepas tu, Jannah pulak sampai. sempat lah jugak kami dua dok sembang2 sementara tunggu yg lain sampai. tapikan, ceta Jannah pagi tu serius lawak gilaa. aku pun takpaham sebab apa. dia ceta pasai ex-BF dia lah. hihi. aku ada baca mesej yg ex dia hantar tuh. muehehehh. apa yg aku baca tuu takpayah lah aku ceta kat sini. bulan2 puasa nih takbaik dok bukak aib orang 'nanti lepas raya aku ceta nahh..' ok dak dak. ya lah, walaupun depa dah cerai tapi kawan aku takmau lah terus putus kawan ngn ex dia. ceta punya ceta, dalam taksedar masa tu dah pukoi 7 lebih dah. besiap cincai2, terus pi sekolah. oh semangat betoi nak pi sekolah. kat sekolah aku tengok sorang kawan aku ni - Syed Hazwan, tetiba nampak kurus lah pulak. haish, puasa pun baru berapa hari ja takkan cepat benorr susut badan dia. yg sure, bukan aku sorang perasan pasai ni, tapi Aziemah ngn Cheah pun sama. nak tegoq takot beliau perasan pulak. " hee, sorry syed, ter-mengata kat hang " Then balik sekolah. petang tu ada tuisyen ENG ngn sir Redza, gabung ngn Kump A. ingat letih kena jalan jauh2 pi bilik bahasa tapi jadi best balik sebab sir ada bawak tilam angin 'alaa, macam tilam yg abah beli kat wan 2tahun lepas tu..' sir kata bulan puasa takpayah buat esei tapi kena buat summary. lepas kelas kami semua terus pi DM, nak booking meja untok bukak puasa. ada yg letak buku lah, kotak pensel lah, beg lah cuma takda yg pi letak diri ja kat meja. dalam pukoi 6.30pm baru pi DM balik, amek nasik. tapi haritu, ramai yg terkejut badak sebab pinggan oren dah takdak. yg ada cuma tray tin yg ada lopak2 tuu *pfffstttt. this is unbelieveable !.. walaupun aku terkejut jugak, tapi yg lebih penting bukak puasa dulu. balik dorm satgi baru kita discuss pasai tray yg macam kat hospital nihh 'setau aku, hospital pun takguna tray macam tu dah. cuma kat p****** ja kott' 
malam tu. malam tu, masa tengah buat keja sekolah agama, aku dapat satu berita takbaik - Cheah nak keluar asrama. 'oh patot lah hang ngn Jannah dok cakap kias2 macam nak minang anak orang. hang nak tinggai aku rupanya' mula2 tu aku senyap, sebab taktau nak kata apa dah. lagipun mak dia yg nak dia keluar asrama sebab result mid-year exam dia teruk sangat. tu keputusan mak dia. aku ni sapa nak halang. cheah memang takda masalah nak berulang sebab dia dah ada lesen moto walaupun lesen L. Jannah pulak janji tak tinggai aku walau apapun jadi. hmm, yg tu pun sorang lagi ada risiko nak keluaq asrama. abah dia nak dia keluar asrama atas alasan yg sama - result teruk. 





macam mana aku nak pi kelas awai tiap2 hari isnin?.. 


sapa nak peringat pasai keja sekolah kat aku?..


sapa nak bagi pinjam keja sekolah kat aku?..


aku nak pakat ngan sapa kalau nak pi kelas lewat?..





kami stay kat bilik study tu sampai pukoi 10pm. ruqby pun dah balik terawikh so kami semua pun pi tukaq baju, ehh dak tukaq pakai telekung nak pi moreh. oh munafiknya, belagak konon pi terawikh jugak lah..





esoknya, ahad yakni sahur pertama di asrama - boleh lah tahan. walaupun bangun tidoq kalut2 sebab mamai tapi aku rasa aku boleh kekalkan rutin sahur ni sampai raya nanti insya-ALLAH. lepas sahur, baca buku sikit, mandi, kemas2 loker, subuh dsb. 





Hari isnin, selasa, rabu dan khamis berlalu dengan baik. cuma 'status' rutin sahur aku tak begitu kukuh sebab . . . . 




Jannah : kalau ruqby takmau pi sahur, aku pi lah sahur ngn hang..

Ruqby : kalau kami ada mood, kami sahur lah. kalau tak, kami bangun minum air suam ja..

Sue : kalau hang nak pi sahur, hang kejut lah aku sama. aida setai taksahur, satgi aku takda kawan nak pi makan sahur.. 

Aida : pa'a, esok nak pi sahur, kejut aku sama tau ( tapi bila kejut esok tu, dia kata takmau pi sahur pulak )


hasil keputusan bancian aku agak mengecewakan. aku takot satu pagi nanti, semua yg ada ni tiba2 takmau pi sahur. haa, jemm. so aku plan, nak bawak bekal sikit kot2 situasi ramalan tu terjadi, persediaan sahur. ala2 backup plan gituu. tapi harap tidak lah yaa?.. minggu ni takda lah senak perut sangat sebab ada teknik menjawab dan hari khamis pulak ada taklimat permohonan matrik. minggu ni memang kurang belajar sikit. alasan : puasa, hihi. 



sebelum aku tamatkan ceta aku minggu ni, nak jugak lah tunjuk sikit orang2 yg aku sebut dalam ceta2 di atas walaupun tak semua. mereka ialah :


ini Syed Hazwan - aku baru kenai dia tahun ni sebab kami sekelas. dia ok jugak lah, sempoi dan gila2 cemtu. 


inilah cheah. sebelum ni aku sebut ja pasai dia tapi takpenah tunjuk dia pun. dia ni lah yg nak keluaq asrama tu 'ok lani dah keluaq pun' selalunya kalau nak pi kelas, aku selalu pakat ngn dia. 


yg ni Jannah. dialah segala-galanya untok aku sepanjang aku dok tahun ni. aku baru rapat ngn dia tahun ni, tapi aku jadi manja sangat bila dok ang dia. dia dah la setai melayan orang. hihi



sir Redza yg di tengah, yg di kiri kanan beliau tu cikgu BI lain kat smj. best belajar ngn sir Redza nih sebab beliau suka ber-cerita itu ini dan kadang2 suka share ceta ngn kami semua.



ini aida. dia ni hingaq sikit dan suka bercerita. lagi sorang sue. sue kawan baik aida tapi aku takda gambar sue. sori k?..


ok ok ni ruqby. dia ni pandai bagi pendapat yg logik dan diterima akal. agak2 ada masalah, boleh tanya pendapat dia. dia sangat memahami cuma agak perahsia. hihi, aku selalu merajok ngn dia sebab nak tau rahsia dia. jahat kan aku nih?..


hmm. that's all for today. tq.




p/s : cheah, aku reda hang keluaq asrama. mungkin ada hikmah hang keluaq nih. aku harap hang tak lupa akuu :'(





~pa'a~



20 July 2012

Masalah problem dunia world

Minggu ni adalah minggu aku yg bermasalah yg berpunca dari aku sendiri. Ok padan muka aku !.. Tolong gelak kat aku sampai guling2. Mula2 pasai *tuuttt Sorry RAHSIA yg ter-sangat lah rahsia sampai takmau ceta kat sini. Ok tampar muka aku satt.

Pasai masalah rahsia tu, banyak malam dah aku tido taklena haa, padan lah ngn muka aku, buat pasai sangat ya lah buat salah, biasa lah tapi tapi tapi aku niat lain jadi macam lain. Hmm takpa, belajar dari kesilapan. ingat dalam hati tuhh. len kali jgn pandai2 buat dah. benda dah jadi dannnnn dah lepas. jgn duk ingat, tapi jgn dok u-u-u-ulang dah. apa kata anda yg tengah membaca ni haa, jgn dok buat kalih belakang takda orang lain selain anda yg berada depan monitor nihh tolong bagi kata2 semangat pada saya yg telah hilang semangat dalam diri iaitu telah ber-putus asa selepas gagal mem-perbaik masalah besar yg telah saya buat..

Pada masa yg sama, roomate merangkap jiran katil  + jiran loker aku pun ada masalah jugakk. Memey complicated lah jugak sebab aku kena pikiaq dua masalah besorr minggu ni - masalah aku ngn masalah dia, so otak aku nenoneno jugak lah jadinya. Aku ngn junior aku yg hingaq ter-amat - RuQby tolong pikiaq itu ini kat che joyah sorang nihh. mula2 dia nak break ngn BF beliau tapi gagal then takdan nak plan kali ke2 nak mohon break, beliau pihak di sana yg meniaga juai mee+koewtiaw tonggek dah melafazkan ayat "nak break" kat joyah. joyah merasa sangat bahagia sampaikan makan terlebih lalu - orang bahagia, biasa lah. tolong jangan buat muka heran.. tapi aku pulak yg kurang makan minggu ni sebab hati tak berapa nak bahagia yeay minggu ni ada orang dah gemokkk..

Kawan aku yg sorang lagi tu yg namanya belemoeh tu pun ada masalah jugak. dengan BF dia jugak heyy, minggu ni memang minggu ada masalah pasai BF kah??.. yg ni probs dia start kat FB - ada malaun mana tah dok stalk wall BF beliau. beliau marah lah tapi bukan marah kat BF beliau tu tapi marah kat malaun-ta yg menye-talk wall BF beliau. tapi salah paham kat mana tah depa ter-gaduh2, sorang merajuk sorang bebai. alalala sweetnya gaduh macam tuhh sebab lepas se-hari depa dah baik balik. atototo, chenta jarak jauhjauh nih memey banyak dugaannya. kita2 yg ber-chenta jarak rapatrapat ni banyak jugak cobaannya. yang penting saling mempercayai cewahhhh, lagak macam dokter chenta lah pulakk 

Biler aku ni banyak pikir, kepaler aku nihh jadik tumbuh uban banyak gilerr. Kepaler aku jadik gatal2 tapi tak macam kepaler yg ada K.U.T.U tu. tu semua auter jer. tapi yg jemm kat kepaler otak aku lerr. kalo ikot kalender kuder yg tersangkot kat pintu loker aku tuu kann, dah 3-4 malam dah aku meroyan yg datangnyer tetiber - speaking BI. ntah kat maner silapnyer aku pon taktahu. naseb lah ader 2-3 budak minah salleh celupcelup yg sudi nak speaking2 BI ngn aku. dapat jugak lah aku meng-improve-kan grade cakap BI aku yg sangat terok nihh.

Hmm.. minggu ni, aku bawak notebook tudiaa, bawak notebook pun nak habaq kat orang, RIAK RIAK so minggu ni aku banyak main game dann online. Sorry mama abah, along banyak main minggu nihh. along tension, ada masalah lahh. tapi along taktau nak settle macam mana. naseb along ada kawan2 yg sudi dengar masalah along.

Btw, masalah toilet aritu dah selesai. Ya lah, dah menang 7 riban masa makan malam asrama blablabla apa nama tah aritu nihh, setakat nak pebaik toilet asrama yg berapa 'kupangkupang' tuu apa lah sangat kann?.. Memey lega sangat2 lah boleh mandi air hujan yg lelaju tuhh. Hihi. Hari2 boleh basuh baju tanpa rasa gelisah macam minggu lepas. Tq, umi *HAHAHA - sejak bila aku pandai ucap TQ kat umi nihh?..

p/s : kepada semua umat Islam, 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak dari saya yg banyak cakap nih. Sekian terima kasih.

< sori takbagi salam masa awai entri tadi.. Assalamua'laikum >

12 July 2012

Takda karan boleh hidup lagi, tak air tak boleh hidup lah..

Syukur ke hadrat Ilahi, minggu ni semua budak asrama boleh balik. Minggu ni ada satu benda jadi kat blok aku, yakni pasai toilet. Alkisahnya begini - hari apa tah aku dah lupa, ada sorang manusia yg ter-sangat2 lah bertuah-nya telah men-jahanam-kan salah satu prasarana terpenting semua orang kat blok aku tuhh. Iaitu, beliau telah mematahkan salah satu paip penyambung flash kat toilet dan menyebabkan air keluar men-curah2 tanpa henti. Aku pun tau benda ni dari Raudhah. Bila pi tengok, toilet kami macam dah banjir punn. Aku dah mandi, so aku tak amek tau sangat lahh. Nak buat pala tau cemana nak tutup air tu pun aku tak reti, langsung.. Pastu Sue ngn Aida pi try tengok, kot2 boleh qetiaq nak stop air tu. Balik ja dorm depa kata memang tak boleh nak tutup dah. Paip tu patah kat penyambung dia. *Haish, rumit betul masalah ni. Aku dok susah hati takot nanti tiba2 air takda, jadi pulak masa pagi isnin time nak pi sekolah pulak tu. *Hah sudahh, jemm. Masuk hari ahad, ok lagi. Semua orang pi mandi dengan senang hati. Bunyi air paip pecah tu macam radio ja, semua orang buat taktau. Tapi, petang tu tiba2 air slow. Jannah yg dok basuh baju susah hati dah, susah hati takot tak dan nak bilas baju. Dia suruh aku pi mandi siap2, aku pon cepat2 pi mandi. Tapi air memang slow gila2lah. Mandi pun rasa macam tak mandi ja. Semua orang dah mula gelisah, terutamanya budak pagi.

 " Esok nak mandi pagi cemana?.." 
" Esok nak mandi kat dorm mana?.."
" Nak kena bangun pukoi berapa esok nihh?.."
" Weh. esok lepas hang mandi hang kejut aku nahh?.."

Haa lebih kurang begitulah suasananya. Semua orang jadi keluh kesah, terkedu keliru taktahu nak mandi kat mana kalau air sure takda esok pagi nanti. Hari demi hari pun berlalu dengan tenang. Semua setuju, seia sepakat dan sehati walaupun taksejiwa untuk ber-gilir2 pi bukak-tutup paip besaq kat belakang blok. Maksudnya, bukak paip tu masa semua orang nak mandi dan tutup masa takda orang nak pi toilet yakni waktu malam, waktu prep, waktu sekolah dan lain2 yg sama makna dengannya. Isnin tu pejabat bukak, aku pi lah nak bayaq yuran, yuran makan ngn yuran tuisyen. Tapi tak tergerak pun nak pi buat laporan. Dalam hati dok kata, orang lain dah pi buat laporan kott. PA ada, budak2 lain ada takkan depa takpi kott. Lagipun aku baru tau yg budak2 petang selalu pi buat laporan kat pejabat. Takpa, biaq pi. Tapi lepas 2-3 hari, takda orang main pebaik pon. Heran gak aku. Penat dah dok bangun terlebih awai tiap2 pagi sebab nak pi tumpang mandi kat toilet dorm orang. Muka ni dah macam NIBONG TEBEL dah pa. Aku suruh Cheah the Belemoeh tanya kat Meera pasai laporan kerosakan toilet blok kami tu, rupa2nya
Laporan buat banyak kali dah tapi takda tindakan.. 
Haishh, yg ni pun masalah besoorr jugakk. Kes ni lebih kurang macam buat report sekadar nak memenuhkan buku laporan kerosakan ja. Kalau pi cakap elok2 pun nanti kena perli. Tak ka naya?.. Orang lain buat kerosakan, kita pi lapor tapi kita yg kena marah + perli. Adilkah begitu?.. Ini tidak adil, tidak adil bagikuuuu *lagu yuna. Mula2 dengar khabar angin kata minggu ni tak balik, terus rasa nak balik. Dah, cukup. Takmau dah mandi ngn air yg slow nak mampuussssss tu. Tiap2 hari lepas balik sekolah, mesti rasa tak seronok nak basuh baju sebab tau nanti air kuar slow. Aku ni dah la rajin basuh baju tiba2 kena jadi malas pulak, kumpoi kain baju banyak2 pastu bawak balik basuh kat rumah. Hesh, tak besaa lah akuu. Bayangkan, hari2 sebelum nak mandi kena pi bukak paip, pastu bukak ja pala paip air tengok air yg keluaq tu tak laju tara mana pun buat hati aku luluh sangat. Aku ni dok gurun mana lah yg susah sangat nak dapat air ni. Tu belum ceta lagi pasai malam2, bila aku terjaga nak pi shuu (buang air kecil). Kena pi blok sebelah tu haa. Turun 2tingkat naik 2tingkat, masuk toilet. Turun 2tingkat naik 2tingkat, baru jumpa katil balik. Dah la aku setai pi sorang2, tak kuasa aku nak kejut2 orang ajak teman pi toilet memalam cemtuhh. Tara nak tunggu orang yg aku kejut tu terjaga, dan aku ter-shuu dulu. Lagi satu, aku taksampai hati nak kacau tido orang. Kot2 la kawan tu tengah sedap mimpi ka tiba2 aku pi kejut ajak pi toilet, tak ka marah kawan tu nanti??.. Dah la sekarang musim hujan turun waktu malam, tido sejuk2 macam tu lagi mudah nak ter-shuu tau takk??.. Sekarang aku dah ada kat rumah, boleh mandi air yg laju2, boleh basuh baju dengan air yg bersih lagi. Hari ni hari jumaat, walaupun pejabat tak bukak tapi aku harap sangatlah ada orang mai pebaik paip kat toilet blok aku tuu. Amin amin amin. Aku harap, masa aku sampai kat asrama esok ni segala masalah kat toilet tu dah settle down. Muktamad. Takda tapi tapi lagi. Pi pebaik sudah, jangan dok buat cakap banyak pulakk. 

Moral of the story : Jangan kita bertindak terlalu "ganas" sehingga boleh merosakkan segala kemudahan yg ada lantas menyusahkan orang lain. 

~the end~