7 June 2012

sekolah nak bukak, yeay

Hari ni hari khamis, hmm kenapa saya suka tulis blog tiap2 hari khamis ehh? ok kebetulan kott. Hari ni hari saya yg paling  paling paling sibuk sebab kena kemas bilik. Esok hari last saya duk kat rumah lepas tu nak check-out dah nak balik duk kat asrama SMJ yg 5 bintang tuu. *nampak sangat ayat tak ikhlas, langsung..

Uishh, serius nak tulis kat sini *mata bling2 saya teruja nak pi sekolah. Memang rasa tak syok sikit sebab kena bangun awal2 pagi pukoi 5,6 pagi tapi saya suka. Tahun depan mana nak rasa dah semua2 ni, ok tahun ni last sekolah *yuhuu hujung tahun ni pi jawab SPM pastu merdeka kuasa 3. Puas hati, tak payah nak meng-hadap buku2 dah. Tapi tapi lepas tu nak kena pikir masa depan pasai U tak U mana lagi.. Hmm, tak suka tapi kena suka. Tengok orang lain boleh ja sambung hidup belajar kat U, kenapa saya tak boleh kan kan kan??.. *ayat tu ayat mak saya

Kerjarumah yg berlunggok kat meja study saya sebenarnya nampak ja berselerak *sori takda gambar, phone cokia takda kamera tapi tak berusik banyak. Saya selak2 satu dua mukasurat pastu saya tutup buku saya bukak notebook. Saya nak kumpul2 kerjarumah banyak2 nanti nak buat sama2 dgn kawan2 kat asrama. InsyaAllah buat kott. Baju sekolah saya dah iron awal lagi sebab overdose semangat nak pi sekolah macam budak darjah 1 lagi.. Online FB bagi puas2 sebab lepas bukak sekolah ni taktau bila pulak nak boleh online..

Sekarang muka saya ni muka tak sedar diri lagi yg nak SPM, yg saya tau bulan puasa nak dekat dah so trial pun nak dekat jugak *yg tu sedar pulak trial nak dekat kena study betul2 jgn study main2 macam masa periksa tengah tahun haritu ni. Haishh. Bukak sekolah ni yg tak best-nya kena ;

1. Kena pi kelas akaun yg habis lewat nak mampuss tuhh
2. Lepas makan nak rushing pi kelas tambahan pulakk
3. Kena masuk kelas Alien - habis ja kelas muka saya pun nak macam alien dahh
4. Tiap2 malam ada tuisyen
5. Oh tidak, essay BI Sir Redza satu apapun takbuat lagi !
6. Petang2 kena pi prep pulak, sebelum ni takpi takpa punn

Ok cukup dah senarai benda2 tak best bagi saya. Kalau tak, ada banyak lagi tapi saya ni tak pandai sangat nak karang ayat panjang2 dlm blog ni so banyak ni sajalah yg terkeluar dari hujung jari saya ni..

p/s : Excited nak pi sekolah weyy, HAHA