16 September 2017

The Most Unwanted Memories To Remember.


I never had a good memories during my high school. Orang lain mungkin zaman sekolah yg boleh dibanggakan sampai harini siap boleh throwback since2010 and so on. I got nothing of it. Result pmr dgn spm pun takdelah elok mana sbbtu tak dapat masuk ipta. Gambar2 masa sekolah pun takda sangat sbb tumpang camera kawan, yg mana ada share kat fesbuk, itu jalah yg ada pun.

Zaman sekolah aku banyak kena buli batin. Benda kalau aku cerita, orang yg baca mesti kata "Lah tu pun nak claim buli ke? LEMAH !" "Ala dia ni, bekas budak bilik aku ni" "Tu pun nak cerita sini, nak ungkit, benda dah lepas kot" Haah it gives me big impact.

Dgn dormmates pun kena buli, awal2 tahun je boleh baik dan bestfriendtillferevah but at the end of the day, i lost them. Ada yg aku tak suka tapi aku takleh nak buat apa2. I try to be funny, but they may hate it. Mungkin aku jenis suka conquer kawan. Mungkin aku bossy kot so orang tak suka.  (Aku pernah ubah baju dormmates aku sbb dia sidai kat tingkap tempat ada raga buku aku, bila minta suruh ambik dia buat taktahu. Aku hampar kain dia elok2 atas lantai tepi aku sbb kain tu dah bergosok. Aku balik ke loker aku, semua kain baju aku dah terhumban keluar dari loker. Semua okay. Ok sorry salah aku, hampar kain dia atas lantai.) Masa aku Form2, ada orang main baldi aku sampai pecah, aku minta ganti rugi baldi aku tapi end up kena torture dgn satu geng dlm bilik stor. So unfair.

The best thing i had was joining a gang. But it was not too long. Im may the worst parasite or bad people so i was never belong to be in any group. Ada geng pun, perlahan lahan berpecah dan bentuk geng baru. For the same reason, mungkin orang tak suka cara aku yg kelam kabut, cepat gelabah, mengada dan suka cakap over. Like bila ada geng besar, berjanjilah nak gerak sama2, pergi mana2 sama2, makan sama2-- but when it comes to my limits of waiting people, i cant stand. Aku mengadu kat orang yg PALING aku percaya, dia cerita kat orang tu. Adilnya keadaan bilamana aku yg nampak bermulut PALING JAHAT. Aku cuma nak mengadu kot2 orang yg aku percaya tu boleh tolong nasihatkan aku balik atau tolong nasihatkan orang tu. So tiapkali ada/masuk geng baru,  aku perlahan lahan undur diri. Terasa tak layak duduk dan berkawan dalam mana2 geng besar.

Tu belum cakap lagi i secretly had a boyfriend during school. Parents NEVER approved it, so it was never went well. I dalam diam bercinta dgn my senior dari form3 sampai form5 kot. Bila nak break, macam susah je. I tot my friends would cover it up for me but i was wrong. Lesson learnt. Again.

Kalau orang lain bangga buat reunion sana sini, plan melepak sana sini, im not offended. Im not belongs to be there. Until now, i still avoiding my ex-schoolmates since i have nothing to proud of. Becomes prettier, smarter, or else you name it-- nothing of it. Im just a nerd girl.

14 December 2015

The Shore Sky Tower

Assalamualaikum !

Sem last ni aku rasa sem yg paling banyak aku merayap ke serata negeri Melaka. Tempat yg aku tak jangka aku boleh pergi pun tup tup boleh sampai. Aiyela, sejak duduk asrama SBI dekat Taman Gamelan tu dia jadi macam segala perancangan jenayah jadi 'dipermudahkan' kahkahkah.

So ceritanya lepas cuti midsem aritu, aku tumpang family Ruby nak balik ke Melaka. Dan kebetulan parents Ruby nak pergi jenjalan kat The Shore yang baru bukak kat River Cruise tuuuu. Makanya, aku dgn Ruby amek peluang nak naik Sky Tower dia yg gah tu bhahahahah.

Sebelum ni aku biasa dengar cerita orang lain pergi. Jeles bakhaaaaaang !

Okey Sky Tower ni kat bangunan sama dgn the Shore. Dah masuk dlm The Shore tu, naik ke level yg paling atas dan kau cari je lift yg tulis "SKY TOWER". Lift tu akan bawak kau ke tingkat 41.  

Kalau datang sky tower ni tak tangkap gambar kat sini, mmg tak sah laaaa. Hahahahaha 

Masa kitorang naik sini, Melaka tgh jerebu so taknampak apa sangat. Laut pun tak nampak, tapi boleh nampak lagi Sungai Melaka dan Kg Morten.

 Background kosong je sebab masa ni tengah jerebu. Tapi apadehal, kau tengok bawah TETAP GAYAT !!

 Nak masuk sini kena bayar RM18/person. Kaunter dia bukak dari pukul 9am sampai 9pm (kalau tak silap) dan dekat satu sudut yg boleh see-thru bawah tu diorang dah standby kamera diorang untuk tangkapkan gambar korang. Nanti sebelum turun bolehlah pergi tengok gambar korang kat kaunter.

Nak naik Sky Tower ni waktu malam pun boleh tapi sampai pukul 10 je kot. Tapi kena beli tiket awal laa takut kaunter tutup dah tutup. Kalau naik waktu malam pun best jugak, kau boleh nampak Bandar Melaka yg bercahaya ni. 

 Tinggalkan tapak kaki kat sini tanda pernah datang ekekekekekeee

 Sejenis kehampaaan jugak orang lain datang, ada orang tolong tangkap gambar. Kitorang, selfie sendiri je. Uhukss ~~

 Okey last. Janji yg last. Sebab seronok kan boleh naik sini sebelum habis sem. Lagi seronok sebab orang belanja. Haaaa yang tu penting !
Sem depan dah pergi practical mesti dah takde masa nak keluar jimba kat Melaka macam ni lagi kuikuikui.

Nanti aku update lagi cerita okey. Bye !

Ps: Kalau nak tgk suasana atas Sky Tower yg lagi detail, boleh refer Pak Google Images sbb dlm blog aku ni banyak gambar selfie jeee, sorry ~~